POLITIK
[TERKINI] PRN Sabah: Gerakan "Black Wave" petanda kematangan politik Sabah
Verdon berkata Black Wave menampilkan idea penyatuan calon-calon bebas di bawah satu naratif perjuangan bersama.
KOTA KINABALU: Kemunculan gerakan Black Wave di Sabah, yang merupakan gabungan calon bebas, disifatkan sebagai satu langkah berani untuk mencabar norma politik konvensional yang sejak lama dikuasai parti-parti utama.
Ringkasan AI
Inisiatif diterajui Ahli Parlimen Kudat Datuk Verdon Bahanda itu bukan sekadar kempen pilihan raya, tetapi percubaan untuk memperkenalkan bentuk kerjasama politik baharu yang lebih bebas dan dinamik serta konsep jarang muncul dalam landskap politik tempatan.
Diwujudkan sebagai gerakan strategik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, Verdon berkata Black Wave menampilkan idea penyatuan calon-calon bebas di bawah satu naratif perjuangan bersama.
Beliau berkata pendekatan itu, yang menggunakan simbolik warna hitam sebagai lambang keberanian dan ketegasan, dilihat sebagai usaha memperkukuh kedudukan calon bebas yang sebelum ini bergerak secara berasingan dan sering dianggap lemah tanpa sokongan parti.
"Masa itu (ketika bertanding kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-16) saya tidak mempunyai kewangan...jadi saya minta penyokong saya pakai baju hitam sebagai tanda keseragaman. Semasa penamaan calon, lebih 3,000 orang hadir di Padang Bandaran Kudat memakai baju hitam. Dari sana tercetusnya idea gelombang hitam ini.
"Sebagai wakil rakyat bebas, saya rasa cara saya bekerja itu lebih baik berbanding dengan mereka yang berparti. Sebab saya tidak dikongkong ataupun disekat untuk bersuara, buat sesuatu yang terus kepada rakyat," katanya.
Verdon menegaskan, Black Wave akan berperanan sebagai kumpulan semak dan imbang dalam kerajaan bukan semata-mata berada di blok pembangkang.
"Kita mahu dasar-dasar kerajaan yang perlu diperbaiki itu dilaksanakan semasa pentadbiran, bukan selepas habis tempoh penggal. Jadi hanya kita yang boleh melakukan perkara ini sebab kita tidak terikat dengan mana-mana," katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa Black Wave tidak akan menerima mana-mana individu yang kecewa atau tidak dicalonkan oleh parti masing-masing untuk menyertai kumpulan itu.
"Saya tidak mahu dilihat seolah-olah Black Wave ini himpunan orang-orang yang kecewa dalam parti masing-masing. Saya mahu perjuangan calon dalam Black Wave ini benar-benar ikhlas berjuang untuk suara rakyat," katanya.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Sabah Tony Paridi Bagang berkata kemunculan gerakan itu mencerminkan ciri-ciri demokrasi subur dan keterbukaan landskap berpolitik di Sabah.
"Kemunculan Black Wave pada pilihan raya negeri Sabah kali ini merupakan sesuatu dinamika politik yang baharu kerana mampu menyatukan calon-calon bebas, bergerak dalam satu kumpulan bebas tetapi berkongsi matlamat, misi dan perjuangan sama.
"Black Wave ini juga dapat disifatkan sebagai pencetus kepada kesedaran serta kebangkitan politik masyarakat sivil," katanya.
Beliau berkata PRN kali ini menjadi percubaan pertama gerakan dengan menampilkan calon-calon bebas berwibawa serta tawaran perjuangan yang mampu menarik minat pengundi bagi bersaing di kerusi marginal sekali gus bakal berperanan sebagai semak dan imbang terhadap kerajaan jika diberi mandat.
"Sebagai satu kumpulan atau gerakan bebas, mereka mempunyai kebebasan untuk melaksanakan peranan dan fungsi sebagai semak dan imbang jika diberi mandat oleh rakyat. Namun kekangan mereka ialah dari aspek sumber khususnya dalam pengoperasian penyampaian perkhidmatan kepada rakyat," katanya.
Pada PRN Sabah kali ini Black Wave mengumumkan penyertaan calon di 17 kerusi DUN.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 29 Nov ini sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17. Hari penamaan calon akan berlangsung esok, manakala pengundian awal pada 25 Nov.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Gerakan Black Wave di Sabah adalah langkah berani untuk mencabar norma politik konvensional yang dikuasai parti-parti utama.
- Inisiatif ini diterajui Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda, sebagai bentuk kerjasama politik baharu yang lebih dinamik menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.
- Black Wave berperanan sebagai semak dan imbang dalam kerajaan dan mencerminkan demokrasi subur serta keterbukaan landskap politik di Sabah.