POLITIK
[TERKINI] PRN Sabah: GRS lancar manifesto, tingkat pendapatan negeri dan sosioekonomi rakyat
Timbalan Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali menjawab pertanyaan pada sidang media mengenai manifesto GRS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah hari ini. - Foto Bernama
KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini melancarkan manifesto sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, yang dibangunkan berasaskan gagasan utama "Rumah Kita, Kita Jaga" dengan tema "Memacu Sabah Maju, Rakyat Berkemajuan".
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Timbalan Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, manifesto berkenaan digerakkan melalui empat rukun utama, iaitu Sabah First (Sabah Diutamakan), Sabah Forward (Sabah Maju ke Hadapan), Sabah Prosper (Sabah Maju Jaya) serta Sabah United (Sabah Bersatu).
Keempat-empat rukun berkenaan diterjemahkan kepada 16 strategi merangkumi pelbagai agenda pembangunan merentasi pelbagai bidang.
Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar menambah, Manifesto GRS memberi tumpuan kepada dua matlamat utama iaitu peningkatan pendapatan negeri dan pendayaupayaan sosioekonomi rakyat.
"Antara strategi yang kita gariskan untuk meneruskan memontem peningkatan hasil negeri adalah ketegasan dalam memperjuangkan hak Sabah melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), termasuk hak 40 peratus pemberian khas.
"Kita sasarkan dengan pelaksanaan hak tersebut sepenuhnya, ia akan membawa peningkatan hasil yang besar kepada negeri. Begitu juga untuk mempelbagaikan dan meneruskan strategi menggerakkan lonjakan kepada sumber ekonomi sedia ada, dan juga meneroka sumber-sumber ekonomi baharu.
"Contohnya, dalam ekonomi biru dan ekonomi digital, industri kreatif serta pelancongan, dengan pelbagai rantaian nilai eonomi dan terkait dengan usaha kita melaksanakan reformasi undang-undang dan institusi," katanya dalam sidang media selepas Majlis Pengumuman Manifesto GRS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Isnin.
Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor; Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Joachim Gunsalam; Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Tan Sri Pandikar Amin Mulia; Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Chin Su Phin; Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Tan Sri Liew Yun Fa dan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Tan Sri Anifah Aman.
Bagi pendayaupayaan sosioekonomi rakyat, Armizan berkata GRS menekankan strategi seperti pembangunan modal insan, penyelesaian isu infrastruktur asas, peluang pekerjaan dengan pendapatan bermaruah, penyediaan akses perumahan mampu milik, peningkatan bantuan sosial dan pengukuhan perpaduan serta kesatuan rakyat.
Tegas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu, kejayaan peningkatan hasil pendapatan negeri dan rizab negeri adalah teras kepada Manifesto GRS, yang mempersembahkan hala tuju ke hadapan dan rekod prestasi untuk tempoh 2021 hingga 2025.
Ujar beliau, pencapaian tersebut bukan sahaja menembusi rekod tertinggi dalam sejarah pentadbiran Sabah, malah menjadi bukti keberkesanan strategi ekonomi, disiplin fiskal dan tadbir urus baik di bawah pentadbiran GRS.
Armizan menjelaskan jumlah hasil pendapatan negeri menunjukkan momentum peningkatan positif sepanjang tempoh pentadbiran Kerajaan GRS, dengan kali pertama menembusi paras RM5 bilion pada tahun 2021 selepas berbelas tahun berada pada sekitar antara RM3 bilion dan RM4 bilion di bawah pentadbiran kerajaan-kerajaan yang lalu.
"Peningkatan bermula RM5.45 bilion pada 2021, RM6.96 bilion pada 2022, RM6.97 bilion pada 2023 dan RM6.84 bilion pada 2024.
"Ini menunjukkan pertambahan hasil sebanyak RM3.25 bilion (90.5 peratus) pada tahun 2024, di bawah pentadbiran GRS berbanding tahun 2020 di bawah pentadbiran Kerajaan Parti Warisan," katanya lagi.
Bersandarkan kepada momentum pencapaian tersebut, Armizan berkata antara fokus utama Manifesto GRS adalah untuk terus meningkatkan kutipan hasil setiap tahun dengan sasaran mencecah sekurang-kurangnya RM10 bilion menjelang 2030.
"Kita optimis, positif dan yakin dengan strategi yang digariskan, kita akan dapat meningkatkan dan mencapai sasaran kutipan RM10 bilion tersebut. Kita optimis akan dapat lebih dan mencapainya.
"Dengan kapasiti dan keupayaan fiskal, yang terus meningkat, Insya-Allah lebih banyak projek dan isu-isu rakyat yang dapat kita selesaikan," ujar beliau.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Manifesto GRS dilancarkan sempena Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 dengan tema "Memacu Sabah Maju, Rakyat Berkemajuan" berdasarkan gagasan utama "Rumah Kita, Kita Jaga".
- Manifesto ini menekankan empat rukun utama iaitu Sabah First, Sabah Forward, Sabah Prosper, dan Sabah United, yang diwujudkan melalui 16 strategi pembangunan merentasi pelbagai bidang.
- Fokus manifesto termasuk peningkatan pendapatan negeri, pemerkasaan sosioekonomi rakyat, dan pelaksanaan hak Sabah melalui Perjanjian Malaysia 1963 untuk memberi manfaat besar kepada negeri.
Timbalan Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, manifesto berkenaan digerakkan melalui empat rukun utama, iaitu Sabah First (Sabah Diutamakan), Sabah Forward (Sabah Maju ke Hadapan), Sabah Prosper (Sabah Maju Jaya) serta Sabah United (Sabah Bersatu).
Keempat-empat rukun berkenaan diterjemahkan kepada 16 strategi merangkumi pelbagai agenda pembangunan merentasi pelbagai bidang.
Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar menambah, Manifesto GRS memberi tumpuan kepada dua matlamat utama iaitu peningkatan pendapatan negeri dan pendayaupayaan sosioekonomi rakyat.
"Antara strategi yang kita gariskan untuk meneruskan memontem peningkatan hasil negeri adalah ketegasan dalam memperjuangkan hak Sabah melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), termasuk hak 40 peratus pemberian khas.
"Kita sasarkan dengan pelaksanaan hak tersebut sepenuhnya, ia akan membawa peningkatan hasil yang besar kepada negeri. Begitu juga untuk mempelbagaikan dan meneruskan strategi menggerakkan lonjakan kepada sumber ekonomi sedia ada, dan juga meneroka sumber-sumber ekonomi baharu.
"Contohnya, dalam ekonomi biru dan ekonomi digital, industri kreatif serta pelancongan, dengan pelbagai rantaian nilai eonomi dan terkait dengan usaha kita melaksanakan reformasi undang-undang dan institusi," katanya dalam sidang media selepas Majlis Pengumuman Manifesto GRS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Isnin.
Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor; Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Joachim Gunsalam; Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Tan Sri Pandikar Amin Mulia; Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Chin Su Phin; Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Tan Sri Liew Yun Fa dan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Tan Sri Anifah Aman.
Bagi pendayaupayaan sosioekonomi rakyat, Armizan berkata GRS menekankan strategi seperti pembangunan modal insan, penyelesaian isu infrastruktur asas, peluang pekerjaan dengan pendapatan bermaruah, penyediaan akses perumahan mampu milik, peningkatan bantuan sosial dan pengukuhan perpaduan serta kesatuan rakyat.
Tegas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu, kejayaan peningkatan hasil pendapatan negeri dan rizab negeri adalah teras kepada Manifesto GRS, yang mempersembahkan hala tuju ke hadapan dan rekod prestasi untuk tempoh 2021 hingga 2025.
Ujar beliau, pencapaian tersebut bukan sahaja menembusi rekod tertinggi dalam sejarah pentadbiran Sabah, malah menjadi bukti keberkesanan strategi ekonomi, disiplin fiskal dan tadbir urus baik di bawah pentadbiran GRS.
Armizan menjelaskan jumlah hasil pendapatan negeri menunjukkan momentum peningkatan positif sepanjang tempoh pentadbiran Kerajaan GRS, dengan kali pertama menembusi paras RM5 bilion pada tahun 2021 selepas berbelas tahun berada pada sekitar antara RM3 bilion dan RM4 bilion di bawah pentadbiran kerajaan-kerajaan yang lalu.
"Peningkatan bermula RM5.45 bilion pada 2021, RM6.96 bilion pada 2022, RM6.97 bilion pada 2023 dan RM6.84 bilion pada 2024.
"Ini menunjukkan pertambahan hasil sebanyak RM3.25 bilion (90.5 peratus) pada tahun 2024, di bawah pentadbiran GRS berbanding tahun 2020 di bawah pentadbiran Kerajaan Parti Warisan," katanya lagi.
Bersandarkan kepada momentum pencapaian tersebut, Armizan berkata antara fokus utama Manifesto GRS adalah untuk terus meningkatkan kutipan hasil setiap tahun dengan sasaran mencecah sekurang-kurangnya RM10 bilion menjelang 2030.
"Kita optimis, positif dan yakin dengan strategi yang digariskan, kita akan dapat meningkatkan dan mencapai sasaran kutipan RM10 bilion tersebut. Kita optimis akan dapat lebih dan mencapainya.
"Dengan kapasiti dan keupayaan fiskal, yang terus meningkat, Insya-Allah lebih banyak projek dan isu-isu rakyat yang dapat kita selesaikan," ujar beliau.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tema utama Manifesto Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sempena Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17?
A: Tema utama manifesto GRS adalah "Memacu Sabah Maju, Rakyat Berkemajuan" yang berasaskan gagasan utama "Rumah Kita, Kita Jaga". - Q: Apakah rukun-rukun utama yang ditekankan dalam manifesto GRS?
A: Manifesto GRS menekankan empat rukun utama iaitu Sabah First, Sabah Forward, Sabah Prosper, dan Sabah United, yang diwujudkan melalui 16 strategi pembangunan merentasi pelbagai bidang. - Q: Apa yang menjadi tumpuan utama manifesto GRS dalam konteks peningkatan pendapatan negeri?
A: Manifesto GRS memberi tumpuan kepada peningkatan pendapatan negeri dengan strategi pemerkasaan sosioekonomi rakyat dan pelaksanaan hak Sabah melalui Perjanjian Malaysia 1963 untuk memberi manfaat besar kepada negeri.