POLITIK
[TERKINI] PRN Sabah: GRS, PKR bertembung di DUN Moyog dan DUN Bandau?
Jika berlalu sebarang pertembungan, penambahan kerusi tersebut menjadikan jumlah keseluruhan calon PKR bertanding pada PRN kali ini ialah seramai 13 orang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Persoalan sama ada berlaku pertembungan langsung antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka berlaku di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17), membabitkan DUN Bandau (N06) dan Moyog (N26) masih belum terjawab.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, beliau tidak dapat mengesahkan mengenai perkara itu dan merayu agar pengamal media bersabar selain menunggu pada hari penamaan calon, esok.
"Saya tidak dapat sahkan perkara ini ... banyak yang difikirkan sebelum kita membuat keputusan untuk bertanding. Kita tidak mahu sebarang keputusan akan mengganggu keharmonian perbincangan antara GRS dan PH," katanya ringkas kepada Astro AWANI, ketika dihubungi pada Jumaat.
Sebelum ini, Pengarah Jentera Pilihan Raya PKR Sabah, Datuk Peto Galim memetik portal Sinar Harian telah mengesahkan penambahan parti dua lagi kerusi yang akan ditandingi di DUN Moyog dan DUN Bandau.
Peto turut dipetik sebagai berkata, DUN Moyog akan diwakili calon Timbalan Pengerusi Pemuda PKR Sabah, Remysta Taylor.
Jika berlalu sebarang pertembungan, penambahan kerusi tersebut menjadikan jumlah keseluruhan calon PKR bertanding pada PRN kali ini ialah seramai 13 orang.
GRS sebelum ini menamakan Datuk Redonah Bahanda sebagai calon GRS di DUN Bandau manakala bagi DUN Moyog pula, ialah Joeynodd Bansin.
[Astro AWANI masih menunggu pengesahan dari wakil-wakil parti dan akan mengemaskini artikel ini.]
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini