Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
POLITIK

[TERKINI] PRN Sabah: GRS terbukti bawa kestabilan, kemakmuran ekonomi untuk Sabah - Hajiji

FMT Reporters 18/11/2025 | 14:28 MYT
Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, gabungan parti itu terbukti boleh menawarkan kestabilan sebenar dan hasil boleh diukur dan dirasai rakyat. - Foto BERNAMA
KOTA KINABALU: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, gabungan parti itu terbukti boleh menawarkan kestabilan sebenar dan hasil boleh diukur dan dirasai rakyat.


Ringkasan AI
  • Gabungan Rakyat Sabah di bawah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor membuktikan kestabilan politik yang diukur dan dirasai oleh rakyat Sabah.
  • Usaha Barisan Nasional (BN) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) untuk menjatuhkan kerajaan yang diketuai oleh Hajiji gagal disebabkan beberapa wakil rakyat tidak menyokong langkah itu.
  • Kestabilan politik di Sabah di bawah GRS membolehkan kerajaan negeri mencatat peningkatan hasil dan rizab secara dramatik, memfokuskan kepada pembangunan rakyat serta menyelesaikan masalah asas seperti bekalan air, elektrik, dan jalan raya.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Memetik wawancara khas beliau bersama FMT, Ketua Menteri Sabah itu berkata, rakyat masih mengingati bagaimana selepas 2018 negeri itu terperangkap dalam kitaran kekacauan politik menyaksikan kerajaan tumbang, ketua menteri bertukar dan ADUN bertukar parti, sehingga akhirnya membawa kepada episod ‘Langkah Kinabalu’.

Namun, beliau berkata, usaha Barisan Nasional (BN) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) menjatuhkan kerajaan ditadbir Hajiji gagal, apabila sebahagian wakil rakyatnya tidak menyokong langkah itu.

“Sabah ini meraikan demokrasi terlalu demokrasi. Semua pun pandai berpolitik. Parti di Sabah ini pun paling banyak di Malaysia. Ada yang kalau bukan pilihan rakyat, mereka tidak timbul. Sekarang dekat pilihan raya, timbullah dia,” katanya dalam wawancara khas itu.

Atas sebab itu, Hajiji berkata, beliau mengambil keputusan untuk menghimpunkan parti-parti tempatan yang sebelum ini bermusuhan, lalu membentuk sebuah gabungan dikenali sebagai GRS.

Beliau berkata, proses penyatuan tersebut bukan mudah kerana penuh cabaran dan memerlukan kompromi politik yang besar. namun, hasilnya jelas apabila kerajaan negeri kekal stabil sepanjang penggal.

Hajiji menegaskan, buat pertama kali dalam tempoh lebih sedekad, sabah dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pembangunan rakyat.

Beliau turut menyatakan kestabilan tersebut membantu kerajaan negeri mencatat peningkatan hasil dan rizab secara dramatik iaitu sehingga melebihi RM8 bilion, dan hasil tahunan hampir RM7 bilion.

Katanya lagi, kedudukan fiskal yang kukuh ini membolehkan kerajaan menyelesaikan masalah asas rakyat seperti bekalan air, elektrik, jalan raya serta bantuan sosial.

Beliau berkata, keadaan fiskal yang kukuh ini membolehkan kerajaan menyelesaikan masalah asas rakyat seperti air, elektrik, jalan raya serta bantuan sosial.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah faktor utama yang mendorong Datuk Seri Hajiji Noor dan Gabungan Rakyat Sabah membentuk GRS?
    A: Beliau membentuk GRS kerana usaha BN dan Warisan untuk menjatuhkan kerajaan tadbirannya gagal disebabkan sebahagian wakil rakyat tidak menyokong langkah itu.
  • Q: Apa yang ditekankan oleh Datuk Seri Hajiji Noor sebagai kelebihan kerajaan negeri yang stabil di bawah GRS?
    A: Kelebihan yang ditekankan ialah kerajaan boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada pembangunan rakyat dan mencatat peningkatan hasil dan rizab secara dramatik.
  • Q: Bagaimanakah keadaan fiskal yang kukuh membantu kerajaan Sabah menyelesaikan masalah asas rakyat?
    A: Dengan keadaan fiskal yang kukuh, kerajaan Sabah dapat menyelesaikan masalah asas rakyat seperti bekalan air, elektrik, jalan raya, dan memberi bantuan sosial.



#Gabungan Rakyat Sabah #Hajiji Noor #Sabah Memilih #Ekonomi Sabah