POLITIK
[TERKINI] PRN Sabah: GRS tetap kukuh meskipun ada pemimpin keluar parti - Hajiji
Hajiji berkata tindakan beberapa individu yang memilih untuk berpindah parti atau bertanding sebagai calon Bebas adalah hak masing-masing.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kekal utuh dan kuat meskipun terdapat segelintir pemimpin bertindak meninggalkan parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Ringkasan AI
Pengerusi GRS itu berkata, tindakan beberapa individu yang memilih untuk berpindah parti atau bertanding sebagai calon Bebas adalah hak masing-masing, dan tidak menjejaskan kekuatan GRS dalam menghadapi pilihan raya.
"GRS masih intact, masih kuat. Ada yang pindah parti, ada yang jadi calon Bebas, itu hak mereka. Tetapi itu tidak menjejaskan kekuatan GRS dalam pilihan raya kali ini. Kita juga ada strategi sendiri," katanya kepada media selepas melancarkan Manifesto GRS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, pada Isnin.
Hajiji berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan terbaharu melibatkan beberapa pihak yang menarik diri daripada gabungan tertentu.
Mengenai calon Pakatan Harapan (PH) yang membuat keputusan menarik diri, Hajiji enggan mengulas panjang kerana perkara tersebut melibatkan gabungan berkenaan.
"Itu dia tarik diri, itu parti PH. Saya tidak mahu komen," katanya ringkas.
Walau bagaimanapun, Hajiji tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan tersebut memberi kelebihan kepada GRS di kerusi yang ditandingi.
Dalam masa sama, Hajiji menegaskan bahawa fokus GRS kini adalah untuk memastikan kestabilan politik, kesinambungan pembangunan serta memastikan gabungan itu memperoleh mandat jelas daripada rakyat Sabah.
Terdahulu, calon PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Silam, Abdul Halim Sidek Gulam Hassan, menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya kali ini.
Abdul Halim berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan pimpinan tertinggi PH.
Sementara itu, penyandang DUN Pintasan, Datuk Fairuz Renddan mengambil keputusan bertanding atas tiket Bebas bagi mempertahankan kerusi dimenanginya pada PRN16.
Fairuz yang sebelum ini menjawat jawatan Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), akan mencabar calon GRS, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang juga Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).
Selain itu, dua lagi ahli Gagasan Rakyat yang bertanding sebagai calon Bebas ialah Roland Chia di Inanam dan Datuk Maijol Mahap di Bandau.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) masih utuh dan kuat walaupun beberapa pemimpin memilih untuk berpindah parti atau bertanding sebagai calon Bebas menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17.
- Hajiji menyatakan bahawa fokus GRS kini adalah untuk memastikan kestabilan politik, kesinambungan pembangunan, serta memperoleh mandat jelas daripada rakyat Sabah, sambil menegaskan bahawa tindakan beberapa individu tidak akan menjejaskan kekuatan GRS dalam pilihan raya.
- Calon Pakatan Harapan (PH) yang menarik diri daripada bertanding, Abdul Halim Sidek Gulam Hassan, menyatakan keputusan tersebut dibuat selepas berbincang dengan pimpinan tertinggi PH, sementara Datuk Fairuz Renddan dari DUN Pintasan memilih untuk bertanding sebagai calon Bebas bagi mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada PRN16.