awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tender perolehan: Empat pegawai kanan ATM antara 23 individu ditahan SPRM - Azam Baki
'Bulan jatuh ke riba', penduduk Kampung Bukit Sapi kini rasai perubahan besar
Selepas dua tahun tersingkir, KJ sebak dapat kembali semula ke Perhimpunan Agung UMNO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] PRN Sabah: Hajiji kekal popular, Jamil Hamzah raih majoriti tertinggi

Bernama
Bernama
29/11/2025
22:50 MYT
[TERKINI] PRN Sabah: Hajiji kekal popular, Jamil Hamzah raih majoriti tertinggi
Hajiji mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman dengan majoriti 8,919 undi, meningkat berbanding 3,099 undi pada PRN ke-16. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 menyaksikan beberapa calon terkemuka meraih kemenangan cemerlang sekali gus membuktikan pengaruh kukuh mereka dalam landskap politik negeri berkenaan.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman dengan majoriti 8,919 undi, meningkat berbanding 3,099 undi pada PRN ke-16, yang menonjolkan sokongan padu rakyat meskipun berdepan pertandingan lima penjuru dan kemenangan itu memperkukuh kedudukannya sebagai tokoh utama politik negeri.
Tidak ketinggalan, calon Parti Warisan Sabah, Jamil Hamzah yang mencatat kejayaan gemilang di DUN Bugaya apabila menang bergaya dengan majoriti 10,046 undi, meningkat berbanding majoriti 6,629 undi pada Pilihan Raya Kecil DUN berkenaan pada 2022 sekali gus menjadi beliau pemenang majoriti terbesar pada PRN kali ini.
Turut mencuri tumpuan Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick yang mengekalkan kerusi DUN Kadamaian dengan majoriti 9,672 undi dalam pertandingan lapan penjuru manakala Presiden STAR, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan menang di DUN Tambunan dengan majoriti 7,311 undi dalam pertandingan tujuh penjuru.
Calon GRS lain turut mencatat kemenangan penting termasuk Datuk Seri Ghulamhaidar@Yusof Khan Bahadar di DUN Kawang (8,763 undi) dan Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun di DUN Karanaan (5,361 undi).
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut mempertahankan kerusi DUN Senallang dengan majoriti 6,837 undi.
Pada PRN kali ini, seramai 1.74 juta pengundi layak memilih wakil rakyat mereka.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#Hajiji popular
#Jamil Hamzah
#Calon PRN Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan