POLITIK
[TERKINI] PRN Sabah: Hajiji pertahan kerusi Sulaman, adik Shahelmey ganti di Tanjung Keramat
Hajiji (enam, kiri) ketika Majlis Pengumuman Calon GRS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Rabu.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Ringkasan AI
Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) telah mewakili kawasan itu sejak 1990 dan memenangi kerusi Sulaman dalam lapan pilihan raya berturut-turut.
Pada PRN16, Hajiji menang dengan majoriti 3,099 atas tiket Perikatan Nasional (PN) dalam saingan tiga penjuru.
Setakat ini, kerusi DUN Sulaman dijangka menyaksikan saingan empat penjuru masing-masing daripada calon BN, Parti Warisan (Warisan), dan Parti Impian Sabah (PIS).
Sementara itu, penyandang kerusi DUN Tanjung Keramat, Datuk Shahelmey Yahya tidak mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada pada PRN lalu atas tiket Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun, GRS mempertaruhkan adik Shahelmey iaitu Shah Alfie Yahya Ahmad Shah berusia 39 tahun yang ketika ini menjawat jawatan sebagai Setiausaha Bahagian Gagasan Rakyat Tanjung Keramat
Sebelum ini, Shahelmey yang merupakan Ahli Parlimen Putatan, antara dua pemimpin BN yang menyatakan sokongan kepada pentadbiran Hajiji.
Dalam pengumuman calon GRS hari ini, Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Tan Sri Pandikar Amin Mulia dinamakan sebagai calon GRS di kerusi Pintasan.
Ia sekali gus menyaksikan penyandang kerusi berkenaan Ketua Pergerakan Pemuda Gagasan Rakyat, Datuk Fairuz Renddan tidak mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada PRN16.
Selain itu, turut mencuri tumpuan ialah pencalonan Datuk Redonah Bahanda di kerusi DUN Bandau, yang ketika ini disandang oleh abang sulungnya, Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk Wetrom yang mewakili Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM).
Dalam masa sama, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) STAR, Datuk Annuar Ayub yang menyatakan sokongan kepada GRS pula kekal mempertahankan DUN Liawan.
GRS bertanding di 55 kerusi DUN pada PRN kali ini dengan agihan melibatkan enam parti komponen termasuk Gagasan Rakyat, USNO dan Parti Cinta Sabah (PCS).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 November ini sebagai hari pengundian, manakala 15 November dan 25 November masing-masing penamaan calon dan undi awal.
Seramai 1,784,843 pengundi berdaftar layak menjalankan tanggungjawab dalam PRN17.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Datuk Seri Hajiji Noor akan mempertahankan kerusi DUN Sulaman pada PRN Sabah ke-17 yang diwakili sejak 1990.
- Di PRN16, Hajiji menang dengan majoriti 3,099 undi atas tiket PN, tetapi kali ini DUN Sulaman dijangka menyaksikan saingan empat penjuru masing-masing daripada calon BN, Warisan, dan PIS.
- GRS bertanding di 55 kerusi DUN pada PRN kali ini dengan 1,784,843 pengundi berdaftar layak mengundi, sementara SPR menetapkan 29 November sebagai hari pengundian, dengan penamaan calon pada 15 November dan undi awal pada 25 November.