awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kekurangan anggota, beban kerja antara faktor ketirisan di pintu masuk negara - KP Imigresen
Masyarakat diharap terus hargai karya, sumbangan P. Ramlee - PM Anwar
Tebing Barat hadapi krisis kemanusiaan terburuk sejak 1967 - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] PRN Sabah: Hajiji sekali lagi terajui kerajaan Sabah

Bernama
Bernama
29/11/2025
22:10 MYT
[TERKINI] PRN Sabah: Hajiji sekali lagi terajui kerajaan Sabah
Hajiji (kiri) mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Musa Aman dalam istiadat di Istana Seri Kinabalu, Kota Kinabalu, kira-kira 3 pagi tadi. - Gambar Bernama
KOTA KINABALU: Selepas beberapa jam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 melabuhkan tirainya, Datuk Seri Hajiji Noor kembali menerajui pentadbiran negeri itu selepas secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri, bagi penggal kedua.
Hajiji, 70, yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Musa Aman dalam istiadat di Istana Seri Kinabalu, di sini, kira-kira 3 pagi.
Lantikan Hajiji itu, sekali gus mengukuhkan kedudukan GRS sebagai gabungan terbesar pada pilihan raya kali ini dengan memperoleh 29 daripada 73 kerusi DUN.
Majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri Sabah memperoleh 37 daripada 73 kerusi DUN.
GRS bertanding sebanyak 55 kerusi DUN termasuk Hajiji yang berjaya mempertahankan kerusi DUN Sulaman buat kali kesembilan, dengan majoriti 8,919 undi pada pilihan raya kali ini.
Parti Warisan (Warisan) muncul sebagai pembangkang terbesar dengan 25 kerusi, diikuti Barisan Nasional (BN) memenangi enam kerusi, Perikatan Nasional (PN) peroleh satu kerusi dan calon Bebas meraih lima kerusi.
Terdahulu, rundingan untuk membentuk Kerajaan Negeri Sabah yang baharu, berlangsung di beberapa lokasi di bandar ini, antaranya melibatkan Presiden Kehormat UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dan Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick yang dilihat berkunjung ke kediaman rasmi Ketua Menteri serta Istana Seri Kinabalu.
Selain itu, Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Mohammad Yusof Apdal pula turut berkumpul di Hotel Avangio, di sini.
Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula berkata, sebagai sebuah parti yang sentiasa mengutamakan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat, BN sedia bekerjasama dengan parti-parti yang sehaluan bagi membentuk kerajaan negeri baharu demi kestabilan politik Sabah.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#Hajiji Noor
#Ketua Menteri Sabah
#Hajiji angkat sumpah
#Gabungan Rakyat Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan