POLITIK
[TERKINI] PRN Sabah: Isu air, elektrik dan lampu jalan fokus utama calon PN DUN Sungai Manila
Menurut Yusri, isu tersebut menjadi fokusnya kerana rakyat memerlukan kemudahan asas bagi melangsungkan kehidupan seharian. - Gambar Astro AWANI
LAHAD DATU: Isu legasi seperti bekalan air, elektrik dan lampu jalan akan menjadi fokus pertama calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila, Yusri Abu, sekiranya diberi mandat mewakili penduduk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Ringkasan AI
Menurut Yusri, perkara tersebut menjadi fokusnya kerana rakyat memerlukan kemudahan asas bagi melangsungkan kehidupan seharian.
“Sebab saya tahu apa kesusahan rakyat di situ terutamanya air dan elektrik.
“Rakyat ini tidak perlu banyak, kita sediakan sahaja kemudahan asas. Jalan raya sudah ada, (tetapi) bekalan air dan elektrik yang selalu terputus.
“Saya kerja di Batu 8, saya balik jam 9 malam atau 10 malam, apa yang saya perlukan? Lampu jalan untuk saya senang balik. Kedua, bila saya buka pili air, ada air betul kan? Bila saya mahu mandi, masuk rumah, (tekan suis) ada lampu.
“Jadi itu yang perlu, rakyat tidak mahu banyak, dia mahu kemudahan asas (diutamakan),” katanya ketika ditemui di Rancangan Sungai Manila, baru-baru ini.
DUN Sungai Manila menyaksikan saingan enam penjuru membabitkan Irian Nanang (PIS), Sittinara Sakah (Warisan), Yusri Abu (PN), Zaini Tiksun (BN) Faizal Wahab (PPRS) dan Hazem Mubarak Musa (GRS).
Pada PRN16, calon BN, Datuk Mokran Ingkat (BN) memenangi kerusi DUN Sungai Manila dengan 4,585 undi dan majoriti 1,417 dalam saingan enam penjuru.
DUN tersebut merupakan antara 13 kerusi tambahan yang diluluskan Dewan Rakyat pada Julai 2019.
Sementara 12 yang lain membabitkan Bengkoka, Mangaris, Pintasan, Pantai Dalit, Darau, Tanjung Dumpil, Dambai, Tulid, Telupid, Lamag, Segama dan Kukusan.
Pada PRN17, seramai 18,217 pemilih layak mengundi bagi kerusi DUN Sungai Manila pada 29 November ini.
Ringkasan AI
- Yusri Abu, calon Perikatan Nasional (PN) untuk DUN Sungai Manila, menitikberatkan isu legasi seperti bekalan air, elektrik, dan lampu jalan sebagai fokus utama beliau jika terpilih, kerana rakyat memerlukan kemudahan asas untuk kehidupan seharian.
- Calon dari enam penjuru bersaing di DUN Sungai Manila termasuk Irian Nanang (PIS), Sittinara Sakah (Warisan), Zaini Tiksun (BN), Faizal Wahab (PPRS), dan Hazem Mubarak Musa (GRS), menandakan saingan yang sengit dalam pilihan raya negeri ke-17 Sabah.
- DUN Sungai Manila merupakan antara 13 kerusi tambahan yang diluluskan Dewan Rakyat pada Julai 2019 dan pada pilihan raya kali ini, 18,217 pemilih layak mengundi bagi kerusi tersebut pada 29 November.