POLITIK
[TERKINI] PRN Sabah: ‘Jangan salah pilih' - Hajiji
Hajiji dan Anwar hadir ke Majlis Temu Rapat dengan Pimpinan Masyarakat Tempatan dan Sahabat Usahawan, hari ini. - Gambar/ JKM
TUARAN: Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan bahawa hubungan erat antara Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Kerajaan Persekutuan penting untuk dikekalkan kerana ia merupakan asas kepada kemajuan Sabah.
Ringkasan AI
Ketua Menteri Sabah itu berkata rakyat perlu membuat pilihan tepat dalam menentukan Kerajaan Negeri, dengan memilih pentadbiran yang terbukti membawa kemajuan, kestabilan dan pembangunan.
Beliau berkata rakyat tidak seharusnya memilih pihak yang sebelum ini telah diberi peluang mentadbir, tetapi didakwa gagal menguruskan negeri.
“Jangan salah pilih. Pilih kerajaan yang membawa kebaikan, kestabilan politik dan pembangunan kepada negeri.
“Jangan pilih kerajaan yang sudah diberi peluang oleh rakyat tetapi terbukti gagal mentadbir Sabah sehingga mereka ditolak pada pilihan raya lalu,” dakwanya di sini pada Khamis.
Hajiji berucap dalam Majlis Temu Rapat dengan Pimpinan Masyarakat Tempatan dan Sahabat Usahawan, yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hajiji menambah hubungan baik antara Sabah dan Putrajaya di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut membuka ruang diplomasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Antaranya, beliau dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijemput bersama dalam rundingan dengan Indonesia yang melibatkan Presiden Prabowo Subianto.
“Ini sebenarnya bukan urusan negeri, tetapi urusan negara. Namun kerana ia melibatkan Sabah dan Kalimantan di kawasan sempadan, Perdana Menteri menjemput kami untuk menyatakan pendirian kepada Presiden Indonesia.
“Perkara seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Ini urusan negara, tetapi kita diberi ruang.
“Mana ada Perdana Menteri seperti ini, yang memberi ruang kepada Sabah. Siap suruh saya bercakap terus dengan Presiden Prabowo. Saya pun sampaikanlah pandangan, dan hasilnya baik,” ujar beliau.
Mengulas lanjut, Pengerusi GRS itu berkata hubungan baik antara Sabah dan Kerajaan Persekutuan merupakan “resepi sebenar” dalam memastikan kemakmuran negeri.
Selain itu, Hajiji menjelaskan rakyat turut menerima manfaat langsung daripada pengekalan subsidi diesel oleh Kerajaan Persekutuan, yang membolehkan pengguna di Sabah dan Sarawak menikmati harga lebih rendah.
Dalam masa sama, Hajiji menegaskan dalam memperjuangkan hak Sabah, kepentingan negara juga perlu dijaga.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Datuk Seri Hajiji Noor menekankan pentingnya hubungan erat antara Kerajaan Negeri di bawah GRS dan Kerajaan Persekutuan untuk kemajuan Sabah.
- Rakyat digalakkan memilih pentadbiran yang membawa kemajuan, kestabilan, dan pembangunan, serta mengelak daripada memilih pihak sebelumnya yang gagal mentadbir negeri.
- Hajiji turut menekankan manfaat hubungan baik antara Sabah dan Putrajaya dalam memastikan kemakmuran negeri, termasuk pengekalan subsidi diesel yang memberi faedah kepada pengguna di Sabah dan Sarawak.