POLITIK
[TERKINI] PRN Sabah: Kehadiran UMNO bukan untuk menjajah, tetapi menyelamatkan orang Sabah - Salleh Keruak
Salleh berkata, naratif yang cuba menggambarkan parti nasional sebagai tidak sesuai memerintah Sabah adalah tidak tepat dan bercanggah dengan sejarah politik negeri ini. - Gambar/ Facebook Salleh Keruak
KOTA KINABALU: Datuk Seri Salleh Said Keruak menolak pandangan bahawa Sabah hanya akan selamat jika ditadbir oleh parti tempatan, sebaliknya menegaskan rakyat kini semakin matang dan terbuka dalam menilai kemampuan parti politik.
Ringkasan AI
Bendahari UMNO Sabah itu berkata, naratif yang cuba menggambarkan parti nasional sebagai tidak sesuai memerintah Sabah adalah tidak tepat dan bercanggah dengan sejarah politik negeri ini.
Salleh menegaskan bahawa UMNO hadir ke Sabah bukan untuk menguasai negeri ini, tetapi atas jemputan pemimpin tempatan ketika itu, sekali gus membuktikan peranan parti nasional dalam membantu menyatukan masyarakat.
"Kalau kita masih ingat dahulu, UMNO datang ke Sabah setelah dijemput oleh parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) pada ketika itu, kerana parti USNO memikirkan mereka tidak mampu untuk menyatupadukan masyarakat di Sabah dan menjemput UMNO.
"...dan kita ramai telah menyertai UMNO, bukan sahaja daripada orang-orang USNO tetapi daripada parti-parti lain. Jadi kehadiran UMNO di sini pada saya, bukannya menjajah Sabah tetapi menyelamatkan orang Sabah dan kita harus melihat parti itu adalah sebagai wadah untuk kita mencapai maklumat kita untuk membangun Sabah," katanya dalam temu bual bersama Astro AWANI, di sini pada Selasa.
RISE OF THE VOTERS: Kenali Haiwan Jiwa Anda. Klik untuk bermain!
Mengulas lanjut, Salleh yang pernah menggalas jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah kesembilan berkata, BN perlu memperbetulkan persepsi segelintir pihak, seolah-olah parti nasional tidak membela rakyat Sabah.
Salleh menambah, BN khususnya UMNO telah menjadi wadah penting dalam membawa pembangunan yang tersusun dan menyediakan platform politik yang stabil demi kepentingan negeri.
Selain itu, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan itu menjelaskan tsunami politik yang berlaku pada 2018 tidak boleh dianggap sebagai penolakan rakyat kepada BN di Sabah.
"Dalam konteks Sabah pada ketika itu, kita dengan parti lawan masing-masing memperolehi 29 kerusi.
"Jadi kita tidak kalah, tetapi kita tidak dapat bentuk kerajaan kerana beberapa ahli DUN (ADUN) pada ketika itu telah memihak kepada mereka (lawan). Dari segi sokongan rakyat di Sabah ini, ia keseluruhnya tidak harus dianggap menolak BN.
"Setelah kita tidak mendapat sokongan yang besar, sudah tentulah kita harus mengkaji di Sabah ini apakah kelemahan-kelemahan kita. Apakah aspirasi rakyat sebenarnya?," jelas beliau.
'PRN Sabah bukan talian hayat'
Ahli politik berpengalaman itu juga tidak bersetuju dengan pandangan bahawa PRN17 kali ini adalah 'talian hayat' untuk BN kembali menerajui tampuk pimpinan negeri.
Sebaliknya, Salleh mengulangi pendirian bahawa UMNO sudah lama berakar umbi di Sabah.
Katanya, BN Sabah, dalam masa sama telah pun mengenal pasti kawasan-kawasan yang mempunyai peluang tinggi untuk gabungan itu menang dalam PRN Sabah yang ditetapkan pada 29 November depan.
"Setiap kampung itu sudah ada cawangannya... ada Pemuda, Wanita, serta Puteri. Ertinya parti ini sudah berstruktur di Sabah. Yang penting pada kita adalah untuk meyakinkan rakyat untuk terus bersama kita.
"Kita tidak boleh melihat seolah-olah pilihan raya itu adalah penentu segala-galanya. Tetapi pilihan raya itu adalah memberi peluang kepada rakyat untuk membuat pilihan," katanya.
Pada PRN Sabah ke-17, BN menjalin kerjasama bersama Pakatan Harapan (PH), dengan gabungan itu meletakkan calon bertanding di 45 kerusi, manakala PH mempertaruhkan calon di 22 DUN.
BN Sabah menampilkan 80 peratus muka baharu pada pilihan raya kali ini.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Datuk Seri Salleh Said Keruak menolak pandangan bahawa Sabah hanya selamat jika diperintah oleh parti tempatan, menyatakan rakyat semakin matang menilai kemampuan parti politik, menegaskan UMNO membantu menyatukan masyarakat negeri ini.
- Salleh menekankan UMNO hadir di Sabah atas jemputan pemimpin tempatan pada zaman itu, bukan untuk menjajah negeri, tetapi untuk menyelamatkan rakyat Sabah dan membangunkan negeri, serta memperbetulkan persepsi parti nasional tidak membela rakyat.
- Beliau menegaskan tsunami politik 2018 di Sabah bukan penolakan rakyat kepada BN, menyatakan PRN17 bukan 'talian hayat' untuk BN, dan menekankan UMNO telah berakar umbi di Sabah dengan struktur parti yang kukuh serta fokus pada meyakinkan rakyat untuk terus bersama BN.