POLITIK
[TERKINI] PRN Sabah: Manifesto BN ambil kira hasrat, impian rakyat Sabah - Wanita UMNO Sabah
Reaksi salah seorang penyokong Barisan Nasional (BN) pada Pelancaran Manifesto BN “Rancangan Pembangunan Sabah 1” sempena Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) ke-17 Bangunan UMNO hari ini. - Foto Bernama
KOTA KINABALU: Manifesto Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 adalah dokumen perancangan pembangunan yang disusun rapi, setelah mengambil kira semua hasrat dan impian masyarakat di negeri itu.
Ringkasan AI
Ketua Wanita UMNO Sabah Datuk Noraini Idris, berkata manifesto berkenaan juga merupakan manifestasi hasrat rakyat Sabah yang dahagakan pembangunan bagi kehidupan lebih sejahtera.
"Manifesto ini mengandungi tawaran-tawaran yang akan BN laksanakan, insya-Allah, apabila Barisan Nasional mendapat mandat menjadi kerajaan semula pada 29 Nov ini," katanya pada sidang media selepas pelancaran manifesto itu di Bangunan UMNO Sabah hari ini.
Mengambil contoh rancangan untuk mewujudkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Sabah yang diterajui oleh Menteri Wanita, Noraini berkata ia dilakukan untuk memastikan negeri itu turut mempunyai kementerian seumpama di peringkat Persekutuan.
"Di Sarawak pun ada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, tetapi di Sabah kita tiada. Di sini, ia hanya berpayung di bawah Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat yang menterinya tidak semestinya wanita.
"Jadi, kita mahu mempunyai kementerian sendiri dan menterinya seorang wanita supaya fokus dapat diberikan kepada isu wanita, kanak-kanak dan masyarakat," katanya.
Noraini turut berkata, berbanding manifesto pihak lawan, beliau percaya tawaran BN adalah realistik dan mampu dilaksanakan apabila diberi mandat.
"Kita tidak menjanjikan bulan dan bintang. Semua apa yang kita tawarkan boleh dicapai, insya-Allah bila kita diberikan mandat.
"...dan sudah tentu kita ada kelebihan berbanding lawan kerana kita juga merupakan sebahagian daripada Kerajaan MADANI di peringkat Persekutuan," katanya.
Manifesto BN yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini menawarkan enam teras utama menerusi Rancangan Pembangunan Sabah Satu (RPS1).
Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Mokhtar Radin, berkata RPS1 merangkumi aspek Kemakmuran Ekonomi dan Kesejahteraan Hidup, Wanita dan Orang Muda sebagai Tonggak Negara, serta penyediaan pendidikan berkualiti untuk semua.
Selain itu, manifesto itu turut menekankan agenda transformasi politik dan tadbir urus, pembinaan masyarakat sihat dan negeri berkebajikan, serta pemeliharaan kelestarian alam.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Manifesto Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 adalah dokumen perancangan pembangunan yang disusun rapi, merangkumi tawaran-tawaran yang akan dilaksanakan apabila BN mendapat mandat menjadi kerajaan.
- Manifesto tersebut menekankan penubuhan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Sabah untuk memberi fokus kepada isu wanita, kanak-kanak, dan masyarakat, selari dengan hasrat rakyat Sabah.
- BN menawarkan enam teras utama menerusi Rancangan Pembangunan Sabah Satu (RPS1), termasuk aspek Kemakmuran Ekonomi dan Kesejahteraan Hidup, Wanita dan Orang Muda sebagai Tonggak Negara, serta pemeliharaan kelestarian alam.