POLITIK
[TERKINI] PRN Sabah: Manifesto GRS bersifat holistik, berteraskan empat rukun utama - Hajiji
Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor (dua, kanan) melancarkan manifesto GRS sempena Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah hari ini. - Foto Bernama
KOTA KINABALU: Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan empat rukun utama dalam Manifesto Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 menjadi asas kukuh untuk membawa negeri ke mercu kejayaan pada masa akan datang.
Ringkasan AI
Pengerusi GRS itu berkata, rukun berkenaan dirangka secara terarah dan menyeluruh bagi memastikan pembangunan negeri dapat digerakkan dengan lebih berkesan serta berterusan.
"GRS bertekad dan berjanji untuk menyempurnakan segala yang terkandung dalam manifesto yang bakal dibentangkan.
"Ia meliputi aspek pembangunan yang bersifat holistik dan inklusif, sejajar dengan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menjadi tonggak pentadbiran kerajaan," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Manifesto GRS di sini hari ini.
Manifesto yang dibentangkan Timbalan Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali, meliputi empat rukun utama, iaitu Sabah First (Sabah Diutamakan), Sabah Forward (Sabah Maju ke Hadapan), Sabah Prosper (Sabah Maju Jaya) serta Sabah United (Sabah Bersatu).
Keempat-empat rukun berkenaan diterjemahkan kepada 16 strategi merangkumi pelbagai agenda pembangunan merentasi pelbagai bidang.
Ketua Menteri Sabah itu menambah Manifesto GRS merangkumi pelbagai sektor termasuk ekonomi, infrastruktur, pendidikan, keselamatan, pembangunan modal insan, kelestarian alam serta kesejahteraan rakyat.
Selain itu, ia turut menegaskan komitmen GRS memperjuangkan hak-hak Sabah sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Sesungguhnya perjuangan GRS adalah daripada rakyat untuk rakyat, ke arah membina sebuah Sabah yang maju dan makmur, tanpa mengabaikan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia yang menjunjung kedaulatan undang-undang," katanya.
Berlandaskan iltizam ke arah sebuah Sabah yang progresif, Hajiji yakin GRS akan menerima sokongan padu rakyat dan menguasai 55 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi pada pilihan raya kali ini.
Hajiji turut menegaskan bahawa GRS bukan sahaja berupaya mengekalkan perpaduan, malah mampu membawa perubahan dan kemajuan yang lebih besar, sebagaimana yang telah dibuktikan sepanjang lima tahun menerajui pentadbiran negeri.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Datuk Seri Hajiji Noor menyebut empat rukun utama dalam Manifesto Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai asas penting untuk pembangunan Sabah ke arah kejayaan.
- Manifesto GRS merangkumi aspek pembangunan holistik dan inklusif sejajar dengan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menjadi tonggak pentadbiran kerajaan.
- Manifesto tersebut merangkumi 16 strategi dalam pelbagai sektor termasuk ekonomi, infrastruktur, pendidikan, keselamatan, pembangunan modal insan, kelestarian alam, dan kesejahteraan rakyat.