POLITIK
[TERKINI] PRN Sabah meriah, ada kerusi DUN hadapi saingan sehingga 14 calon
Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun mengumumkan 596 calon sah bertanding di 73 kerusi bagi PRN Sabah ke-17.
KOTA KINABALU: Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 secara rasminya bermula hari ini, setelah selesai proses penamaan calon di 25 pusat, dengan 596 calon pelbagai parti sah bertanding bagi merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun dalam sidang media khas di Kota Kinabalu pada Sabtu memaklumkan, Parti Warisan Sabah adalah satu-satunya blok yang bertanding di kesemua kerusi, diikuti Parti Impian Sabah (72), Gabungan Rakyat Sabah (55), dan Parti Solidariti Tanah Airku (Star Sabah) (46).
Sementara itu Barisan Nasional pula bertanding di 45 kerusi, diikuti Perikatan Nasional (42), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) (40), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) (25), Pakatan Harapan (22), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) (16), dan Parti Bumi Kenyalang (PBK) (14).
Selain itu, Ramlan berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bertanding di enam kerusi, Parti Damai Sabah (SPP) dan Perjuangan Rakyat (PR) masing-masing lima kerusi, manakala Pertubuhan Gemilang Anak Sabah (GAS), Parti Bangsa Malaysia (PBM), dan Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) masing-masing tiga kerusi.
Selain itu Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Parti Bersatu Sasa Malaysia (Bersama), dan Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (Perpaduan) masing-masing satu kerusi, dan secara keseluruhan terdapat 74 calon yang bertanding di bawah tiket Bebas.
Ramlan berkata, terdapat persaingan 14 penjuru di satu kerusi DUN, 13 penjuru di empat kerusi DUN, masing-masing sembilan dan tujuh penjuru di sepuluh kerusi DUN, selain enam penjuru di 13 kerusi DUN.
Beliau berkata, SPR mencatatkan 525 calon lelaki dan 71 calon wanita, dengan yang paling tua berusia 86 tahun di DUN Bingkor, dan yang termuda berusia 24 tahun di DUN Silam.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Kempen Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 bermula selepas penamaan 25 pusat penamaan calon, dengan total 596 calon dari pelbagai parti yang akan bertanding di 73 kerusi.
- Parti Warisan Sabah menjadi satu-satunya blok yang bersaing di semua 73 kerusi, diikuti Parti Impian Sabah, Gabungan Rakyat Sabah, dan Parti Solidariti Tanah Airku.
- Calon lelaki melebihi calon wanita dengan jumlah 525 lelaki dan 71 wanita; calon tertua berusia 86 tahun dan termuda berusia 24 tahun turut turut akan bersaing di Sabah.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun dalam sidang media khas di Kota Kinabalu pada Sabtu memaklumkan, Parti Warisan Sabah adalah satu-satunya blok yang bertanding di kesemua kerusi, diikuti Parti Impian Sabah (72), Gabungan Rakyat Sabah (55), dan Parti Solidariti Tanah Airku (Star Sabah) (46).
Sementara itu Barisan Nasional pula bertanding di 45 kerusi, diikuti Perikatan Nasional (42), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) (40), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) (25), Pakatan Harapan (22), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) (16), dan Parti Bumi Kenyalang (PBK) (14).
Selain itu, Ramlan berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bertanding di enam kerusi, Parti Damai Sabah (SPP) dan Perjuangan Rakyat (PR) masing-masing lima kerusi, manakala Pertubuhan Gemilang Anak Sabah (GAS), Parti Bangsa Malaysia (PBM), dan Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) masing-masing tiga kerusi.
Selain itu Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Parti Bersatu Sasa Malaysia (Bersama), dan Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (Perpaduan) masing-masing satu kerusi, dan secara keseluruhan terdapat 74 calon yang bertanding di bawah tiket Bebas.
Ramlan berkata, terdapat persaingan 14 penjuru di satu kerusi DUN, 13 penjuru di empat kerusi DUN, masing-masing sembilan dan tujuh penjuru di sepuluh kerusi DUN, selain enam penjuru di 13 kerusi DUN.
Beliau berkata, SPR mencatatkan 525 calon lelaki dan 71 calon wanita, dengan yang paling tua berusia 86 tahun di DUN Bingkor, dan yang termuda berusia 24 tahun di DUN Silam.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah keseluruhan kerusi yang dipersoalkan dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17?
A: Terdapat keseluruhan 73 kerusi yang dipersoalkan dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17. - Q: Apakah parti politik yang bertanding di kesemua 73 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17?
A: Parti Warisan Sabah adalah satu-satunya blok yang bertanding di kesemua 73 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17. - Q: Berapakah jumlah calon lelaki dan wanita yang dipaparkan dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17?
A: Terdapat 525 calon lelaki dan 71 calon wanita yang dipaparkan dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17. - Q: Siapakah calon termuda yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17?
A: Calon termuda yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 berusia 24 tahun dan bertanding di DUN Silam. - Q: Berapakah jumlah calon yang bertanding di bawah tiket Bebas dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17?
A: Secara keseluruhan, terdapat 74 calon yang bertanding di bawah tiket Bebas dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.