POLITIK
[TERKINI] PRN Sabah: Pelancaran manifesto PH ditangguh hingga Ahad - Chan
Chan (tengah) berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sabah Datuk Mustapha Sakmud. -Facebook
KOTA KINABALU: Pelancaran manifesto Pakatan Harapan (PH) Sabah bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 yang dijadualkan esok ditangguhkan sehingga Ahad ini berikutan isu penterjemahan, kata Timbalan Pengerusi DAP Sabah Datuk Chan Foong Hin.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Chan, yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Aru, berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sabah Datuk Mustapha Sakmud.
"Saya baru sahaja berhubung dengan Datuk Mustapha Sakmud... dia beritahu saya (pelancaran manifesto itu) ditangguhkan kepada Ahad ini... Khamis tidak sempat... kerana ada isu penterjemahan," katanya.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi itu berkata demikian kepada pemberita selepas program Taklimat Kesedaran Pengumpulan Minyak Masak Terpakai di Kampung Torong Logong, Pulau Gaya hari ini.
LAPORAN KOMPREHENSIF, CALON TUMPUAN DAN PERKEMBANGAN TERKINI PRN SABAH
Semalam, Mustapha memaklumkan media bahawa PH akan melancar manifesto pada Khamis dengan fokus utama menubuhkan tabung khas bagi rakyat Sabah, selain memberi penekanan kepada penyelesaian isu-isu asas di negeri itu.
Chan juga berkata sebagai antara individu yang terlibat dalam proses pendrafan dokumen itu, manifesto PH adalah realisitik, tidak menjanjikan "bulan dan bintang" kerana hanya berkisar tentang memenuhi keperluan asas rakyat.
KENALI HERO SABAH ANDA DI SINI. MAIN SEKARANG!
Beliau turut menepis kritikan yang mendakwa anggaran kos projek pembinaan kompleks sekolah baharu yang dikhususkan untuk Pulau Gaya adalah tidak wajar sambil menegaskan bahawa akses kepada pendidikan tidak seharusnya dinilai dengan harga, dan ia bukan bermotifkan pilihan raya.
"Saya ada atau tidak ada, projek itu tetap berjalan... cuma saya mengetahui rancangan pelaksanaannya lebih awal kerana saya berada dalam pentadbiran kerajaan.
"Sebagai kerajaan, kita tidak boleh menafikan hak pelajar untuk mendapat pendidikan kerana pendidikan adalah untuk semua dan tidak ternilai harganya... kita tidak boleh meletakkan harga pada ilmu, jadi saya rasa (dakwaan bahawa projek) ini (terlalu mahal adalah) satu tanggapan yang salah dan memainkan sentimen," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17 pada 29 Nov manakala undi awal pada 25 Nov.
Untuk berita-berita terkini tentang PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php.
N22: TANJUNG ARU: SABAH: 21,264
1. Datuk Loh Ee Eng (PBK)
2. Hiew Choon Yu (STAR)
3. Datuk Wong Hong Jun (Warisan)
4. Yee Wee Ping (PIS)
5. Dennison R Indang (UPKO)
6. Mohamed Zaim Ansawi (Bebas)
7. Ritchie Jay Cheng (Bebas)
8. Suhaimi Buang (PN-Bersatu)
9. Datuk Chan Foong Hin (PH-DAP)
(2020: Junz Wong Hong Jun: Warisan Plus-Warisan: Maj: 3,147)
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Pelancaran manifesto Pakatan Harapan (PH) Sabah bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 ditangguhkan hingga Ahad ini berikutan isu penterjemahan yang menyebabkan pelancaran semula dijadualkan pada Ahad berikutnya.
- Manifesto PH menekankan penubuhan tabung khas bagi rakyat Sabah dan menyelesaikan isu-isu asas negeri tanpa memberikan janji yang tidak realistik kepada rakyat.
- Calon DUN Tanjung Aru, Datuk Chan Foong Hin menegaskan bahawa projek pembinaan kompleks sekolah baharu di Pulau Gaya bukanlah untuk kepentingan pilihan raya, malah hak pelajar untuk mendapat pendidikan adalah penting tanpa mengambil kira faktor harga.
Chan, yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Aru, berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sabah Datuk Mustapha Sakmud.
"Saya baru sahaja berhubung dengan Datuk Mustapha Sakmud... dia beritahu saya (pelancaran manifesto itu) ditangguhkan kepada Ahad ini... Khamis tidak sempat... kerana ada isu penterjemahan," katanya.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi itu berkata demikian kepada pemberita selepas program Taklimat Kesedaran Pengumpulan Minyak Masak Terpakai di Kampung Torong Logong, Pulau Gaya hari ini.
LAPORAN KOMPREHENSIF, CALON TUMPUAN DAN PERKEMBANGAN TERKINI PRN SABAH
Semalam, Mustapha memaklumkan media bahawa PH akan melancar manifesto pada Khamis dengan fokus utama menubuhkan tabung khas bagi rakyat Sabah, selain memberi penekanan kepada penyelesaian isu-isu asas di negeri itu.
Chan juga berkata sebagai antara individu yang terlibat dalam proses pendrafan dokumen itu, manifesto PH adalah realisitik, tidak menjanjikan "bulan dan bintang" kerana hanya berkisar tentang memenuhi keperluan asas rakyat.
KENALI HERO SABAH ANDA DI SINI. MAIN SEKARANG!
Beliau turut menepis kritikan yang mendakwa anggaran kos projek pembinaan kompleks sekolah baharu yang dikhususkan untuk Pulau Gaya adalah tidak wajar sambil menegaskan bahawa akses kepada pendidikan tidak seharusnya dinilai dengan harga, dan ia bukan bermotifkan pilihan raya.
"Saya ada atau tidak ada, projek itu tetap berjalan... cuma saya mengetahui rancangan pelaksanaannya lebih awal kerana saya berada dalam pentadbiran kerajaan.
"Sebagai kerajaan, kita tidak boleh menafikan hak pelajar untuk mendapat pendidikan kerana pendidikan adalah untuk semua dan tidak ternilai harganya... kita tidak boleh meletakkan harga pada ilmu, jadi saya rasa (dakwaan bahawa projek) ini (terlalu mahal adalah) satu tanggapan yang salah dan memainkan sentimen," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17 pada 29 Nov manakala undi awal pada 25 Nov.
Untuk berita-berita terkini tentang PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php.
N22: TANJUNG ARU: SABAH: 21,264
1. Datuk Loh Ee Eng (PBK)
2. Hiew Choon Yu (STAR)
3. Datuk Wong Hong Jun (Warisan)
4. Yee Wee Ping (PIS)
5. Dennison R Indang (UPKO)
6. Mohamed Zaim Ansawi (Bebas)
7. Ritchie Jay Cheng (Bebas)
8. Suhaimi Buang (PN-Bersatu)
9. Datuk Chan Foong Hin (PH-DAP)
(2020: Junz Wong Hong Jun: Warisan Plus-Warisan: Maj: 3,147)
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Mengapakah pelancaran manifesto Pakatan Harapan (PH) Sabah bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 ditangguhkan sehingga Ahad ini?
A: Pelancaran manifesto ditangguhkan berikutan isu penterjemahan yang menjadi halangan pada pelaksanaan asal pada Khamis. - Q: Apakah fokus utama manifesto PH Sabah yang akan dilancarkan?
A: Manifesto PH Sabah memberi tumpuan kepada menubuhkan tabung khas bagi rakyat Sabah serta menekankan penyelesaian isu-isu asas di negeri tersebut. - Q: Apakah pendapat Datuk Chan Foong Hin tentang anggaran kos projek pembinaan kompleks sekolah baharu di Pulau Gaya?
A: Datuk Chan Foong Hin menegaskan bahawa akses kepada pendidikan tidak seharusnya dinilai dengan harga dan menepis dakwaan bahawa projek tersebut terlalu mahal serta bermotifkan pilihan raya. - Q: Bilakah tarikh pengundian bagi PRN Sabah ke-17?
A: Hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17 telah ditetapkan pada 29 November dengan undi awal pada 25 November. - Q: Di manakah pembaca boleh mendapatkan berita-berita terkini mengenai PRN Sabah ke-17?
A: Pembaca boleh mendapatkan berita-berita terkini tentang PRN Sabah ke-17 dengan melawat laman web https://prn.bernama.com/sabah/index.php.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini