POLITIK
[TERKINI] PRN SABAH: Penduduk Kampung Gas terpaksa bakar, buang sampah ke laut, rayu sedia kemudahan asas
Dari kiri Nasir Inning, Mohammad Din Pani dan Mat Otto Odin - ketiga-tiga penduduk Kampung Gas, Sandakan, meluahkan rasa dilema berikutan ketiadaan tong sampah besar dan tapak pembuangan khas disediakan pihak berkuasa.
SANDAKAN: Penduduk Kampung Gas, di sini, berdepan dilema berterusan apabila ketiadaan tong sampah besar dan tapak pembuangan khas disediakan menyebabkan mereka tiada pilihan selain membuang atau membakar sampah sendiri setiap hari.
Menurut Ketua Kampung Gas, Mat Oto Odin, masalah itu berlarutan sejak bertahun-tahun, dengan satu-satunya lokasi pembuangan sampah terletak di Kampung Bahagia.
Kampung Bahagia merupakan kawasan berjiran yang hanya boleh diakses melalui jalan berbukit menyukarkan penduduk, khususnya warga emas, untuk membuang sisa buangan harian.
“Ya, memang betul kami memerlukan tempat pembuangan sampah atau tong sampah sebab di sini tidak disediakan. Dahulunya ada, tapi tiada yang mengendali, buang begitu saja dan tiada yang mengangkut (sampah yang dibuang setiap hari).
“Jadi bagi pihak ketua kampung, kami sangat mengalu-alukan kalau ada inisiatif sediakan tempat pembuangan sampah dan tong sampah besar untuk kami.
“Tapi bukan sekadar letak tong saja, mesti ada yang mengutip, terutama sekali dari pihak Majlis Perbandaran, itu yang kami mahu,” katanya.
Bagi Mohammad Din Pani, disebabkan jarak yang jauh dan keadaan jalan yang tidak sesuai, dia mendakwa ramai memilih untuk membuang sampah ke laut atau membakarnya di sekitar rumah masing-masing.
“Saya sudah beritahu dulu pada ketua kampung yang terdahulu supaya minta disediakan tempat buang sampah atau tong sampah supaya orang senang buang di tempat khas.
“Kalau jauh, orang malas mahu bawa (sampah), jadi campak saja. Kita sudah nasihat (penduduk kampung), tapi ada yang ikut, ada yang tidak,” ujarnya.
Manakala bagi Nasir Ining, membakar sampah menjadi rutin harian kerana tiada pilihan lain yang lebih praktikal.
“Kami di sini, depan rumah sajalah kami bakar setiap pagi atau petang.
“Sebab kalau tidak, sampah makin banyak dan kalau buang ke laut pun makin kotor.
“Jadi saya berharap masalah sampah ini akan diselesaiakan kerana sukar bagi kami untuk membakar sampah setiap hari,” katanya.
Tambah Mat Oto Odin, dia mengakui, sedar akan tindakan membakar dan membuang sisa ke laut memberi kesan negatif terhadap alam sekitar, namun keadaan memaksa mereka berbuat demikian.
“Kadang-kadang buang (sampah) pergi laut, kadang hantar pergi bukit, kadang bakar saja. Kami tahu dilarang, terutama plastik, sebab beri kesan buruk kepada penduduk kampung.
“Tapi mahu buang ke mana lagi? Itu sajalah yang boleh kami buat,” ujarnya.
Menerusi tinjauan Astro AWANI, keadaan itu menyebabkan persekitaran kampung semakin tercemar, terutama ketika berlaku air pasang banyak sampah-sampah dari laut dibawa ke darat, menjejaskan pemandangan dan kebersihan sekitar.
Penduduk turut meluahkan rasa kecewa apabila isu tersebut sudah lama dibangkitkan kepada pihak berkuasa, namun tiada tindakan susulan diambil hingga kini.
Dalam masa sama, mereka berharap wakil rakyat yang bakal dipilih pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) akan memberi perhatian serius terhadap masalah asas seperti ini.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini