POLITIK
[TERKINI] PRN Sabah: Pengalaman jentera BN jadi kelebihan - Mahdzir
Menurut Mahdzir, amanah untuk membantu rakan seperjuangan di Sabah akan digalas sebaik mungkin oleh jentera BN Kedah khususnya bagi memastikan kemenangan di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Libaran dan Batu Sapi. - Gambar fail Astro AWANI
SANDAKAN: Pengalaman luas dan persediaan rapi jentera Barisan Nasional (BN) diyakini menjadi antara kelebihan utama parti itu dalam usaha melakar kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pengalaman UMNO dalam menghadapi pelbagai siri pilihan raya, selain bantuan jentera daripada negeri-negeri lain termasuk Kedah menjadi faktor penting yang mampu mengukuhkan peluang BN di Sabah.
Beliau berkata, amanah untuk membantu rakan seperjuangan di Sabah akan digalas sebaik mungkin oleh jentera BN Kedah khususnya bagi memastikan kemenangan di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Libaran dan Batu Sapi.
"Saya yakin berasaskan latar belakang selama lebih 30 tahun di Sabah, parti ini telah banyak menyumbang kepada pembangunan infrastruktur serta pendidikan di semua peringkat bagi membolehkan tiada anak Sabah yang terpinggir daripada akses pendidikan.
"BN turut mengambil inisiatif memastikan pembangunan pendidikan dilaksanakan secara berterusan untuk anak-anak Sabah. Justeru, kami harap pengundi dapat memberi peluang sekali lagi kepada BN untuk meneruskan kesinambungan pembangunan di negeri ini," katanya kepada Bernama.
Selain itu, bekas Menteri Pendidikan itu berkata, keutamaan harus diberi kepada usaha menaik taraf sekolah-sekolah daif dan pembinaan asrama bagi sekolah-sekolah di kawasan pedalaman supaya murid tidak tercicir dalam pelajaran.
Beliau berkata, peranan wakil rakyat amat penting dalam memastikan anak-anak Sabah memanfaatkan peluang pendidikan melalui pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 Nov ini sebagai hari pengundian manakala tarikh penamaan calon pada 15 Nov dan 25 Nov bagi pengundian awal.
Untuk berita-berita terkini tentang PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini