POLITIK
[TERKINI] PRN Sabah: Persiapan akhir undi awal berjalan lancar
Persiapan akhir bagi proses mengundi awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 melibatkan tentera dan anggota polis serta pasangan yang akan berlangsung hari ini, berjalan lancar. - Gambar Bernama
KOTA KINABALU: Persiapan akhir bagi proses mengundi awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 melibatkan tentera dan anggota polis serta pasangan yang akan berlangsung hari ini, berjalan lancar.
Ringkasan AI
Tinjauan Bernama di beberapa pusat pengundian awal sekitar Kota Kinabalu dan Penampang petang semalam mendapati kesemua petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang giat membuat persiapan terakhir bagi memastikan kelancaran proses.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Masawi Salleh berkata, persiapan bermula sejak 2 petang melibatkan 50 petugas SPR di Sekolah Agama Rakyat Kem Lok Kawi di sini.
"Kami telah meninjau persiapan terakhir dan membuka tujuh saluran untuk melancarkan pengundian awal esok, melibatkan 3,067 pengundi daripada anggota tentera dan pasangan mereka," katanya.
Di pusat pengundian awal MESS Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di Kapayan, persiapan termasuk susun atur meja dan kerusi, penyediaan saluran mengundi, serta penampalan notis dilakukan dengan teliti bagi memastikan proses berjalan mengikut prosedur ditetapkan.
Di Sandakan, persiapan pengundian awal bagi 1,582 pengundi daripada kalangan anggota polis dan tentera bersama pasangan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gum-Gum, Sungai Manila dan Sungai Sibuga juga berjalan lancar.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Imran Jagong@Osman berkata, 56 petugas SPR terlibat dalam agihan peralatan pilihan raya dan kertas undi.
"Selepas pemeriksaan selesai, bahan tersebut akan dimasukkan ke dalam peti undi, dipateri dan disimpan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan. Esok, peti undi akan diambil dari IPD pada awal pagi untuk dihantar ke pusat pengundian awal di ketiga-tiga DUN," jelasnya.
Beliau menambah, semua pusat pengundian awal adalah berbumbung dan bukannya kawasan terbuka, jadi pengundi tidak perlu risau mengenai cuaca.
Seramai 24,426 pengundi awal, terdiri daripada anggota tentera, polis dan pasangan, dijangka menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.
PRN Sabah kali ini menyaksikan 596 calon bertanding untuk merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), termasuk 74 calon Bebas. Tempoh berkempen yang bermula 15 Nov lepas akan berakhir pada 11.59 malam, 28 Nov.
Untuk berita terkini PRN Sabah ke-17, sila layari Sabah Memilih.
Boleh juga cuba kuiz personaliti PRN Sabah 2025 di sini Rise of the Voters.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Persiapan akhir pengundian awal PRN Sabah ke-17 melibatkan tentera, polis, dan pasangan berjalan lancar di beberapa pusat pengundian sekitar Kota Kinabalu dan Penampang.
- Pengurus Pilihan Raya, Masawi Salleh, menyatakan persiapan melibatkan 50 petugas SPR di Sekolah Agama Rakyat Kem Lok Kawi, dengan 3,067 pengundi tentera dan pasangan.
- Di Sandakan, persiapan pengundian awal bagi anggota polis dan tentera bersama pasangan di DUN Gum-Gum, Sungai Manila, dan Sungai Sibuga turut berjalan lancar, melibatkan 1,582 pengundi.