POLITIK
[TERKINI] PRN Sabah: Pilih wakil yang boleh berunding dengan saya - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada program Temu Rapat PMX Sayang Sabah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandau, hari ini. - Foto Bernama
KOTA MARUDU: Rakyat Sabah, khususnya pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandau, diminta memilih wakil rakyat yang mampu bekerjasama dan berunding secara langsung dengan kerajaan Persekutuan bagi mempercepat pembangunan di kawasan itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ringkasan AI
Berucap pada Program Temu Rapat PMX Sayang Sabah di Kota Marudu, Anwar menekankan kepentingan menyokong calon Pakatan Harapan (PH) di DUN berkenaan, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17, Zaidi Jatil bagi memastikan agenda pembangunan dapat dilaksanakan dengan lancar.
"Pilih wakil yang boleh runding dengan saya, yang jaga Bandau. Menang saja Zaidi, saya bagi dia tempoh sebulan, senaraikan apa masalah di Bandau. Sebulan atau (sehingga) minggu pertama Januari (2026) semua masalah, sedaya upaya kita bantu," kata Anwar.
Beliau berkata kehadirannya ke Bandau berikutan laporan menunjukkan DUN yang terletak kira-kira 124 kilometer dari Kota Kinabalu itu dan menyaksikan persaingan 13 penjuru berpotensi dimenangi PH.
Selain itu, Anwar berkata beliau merupakan pemimpin paling kerap mengunjungi Sabah sejak menjadi Perdana Menteri dan ia menjadi bukti komitmen terhadap pembangunan negeri tersebut.
Beliau turut memuji kebijaksanaan rakyat Sabah dalam mengekalkan keharmonian pelbagai kaum dan menyifatkan kestabilan serta keamanan negeri itu, hasil daripada kesediaan bekerjasama merentasi perbezaan etnik, agama dan budaya.
"Negeri ini aman kerana rakyat bijak. Suku kaum lain-lain, warna kulit lain-lain, agama lain-lain, tetapi semua bekerjasama. Sebab itu Sabah boleh kekal aman," kata beliau.
Dalam ucapannya, Anwar mengulangi komitmen kerajaan Persekutuan terhadap pemulangan 40 peratus hasil Sabah, serta menyatakan buat pertama kali kerajaan Pusat dan negeri berjaya mencapai persetujuan untuk melaksanakannya.
Selain itu, Perdana Menteri menyenaraikan beberapa langkah signifikan yang diambl kerajaan termasuk kenaikan gaji penjawat awam yang tertinggi dalam sejarah, peningkatan gaji minimum kepada RM1,700, pemotongan gaji menteri sebanyak 20 peratus dan keputusannya untuk tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan Sabtu ini sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17.
Untuk berita terkini PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim mendorong pengundi di DUN Bandau, Sabah, untuk memilih calon PH, Zaidi Jatil, yang mampu bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan bagi mempercepat pembangunan kawasan tersebut.
- Anwar menekankan kepentingan pemulangan 40% hasil Sabah serta menyenaraikan pencapaian kerajaan seperti kenaikan gaji penjawat awam, gaji minimum RM1,700, dan pemotongan gaji menteri sebanyak 20%.
- Beliau mengapresiasi keharmonian dan keamanan di Sabah hasil kerjasama rakyat berbilang kaum, etnik, agama, serta mengumumkan hari pengundian PRN Sabah ke-17 pada Sabtu ini.