POLITIK
[TERKINI] PRN Sabah: PN akan nilai semula pendirian terhadap GRS selepas pilihan raya - Ronald
Ronald berkata keputusan mengenai rakan gabungan hanya akan dibuat selepas keputusan PRN diumumkan. - Foto fail/BERNAMA
SANDAKAN: Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan menilai semula pendiriannya terhadap Gabungan Rakyat Sabah (GRS) selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, meskipun hubungan kedua-dua pihak pernah ‘retak’ susulan tindakan GRS keluar daripada PN pada 2022.
Ringkasan AI
Pengerusi PN Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata keputusan itu hanya akan dipertimbang selepas keputusan PRN diumumkan, selaras dengan sifat politik Sabah yang dinamik dan sering berubah mengikut keperluan pembentukan kerajaan.
“Kita akan revisit keputusan kita tidak bergabung sebelum ini. Politik Sabah dan Malaysia ini memperlihatkan banyak kemungkinan.
“UMNO sebelum ini menegaskan tidak akan bekerjasama dengan PKR atau DAP, tetapi apabila sampai situasi mereka diperlukan dan mereka memerlukan gabungan, pendirian lampau pun mereka revisit semula,” katanya.
Namun, beliau mengingatkan bahawa tindakan GRS meninggalkan PN dan menubuhkan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) tetap menjadi faktor penting dalam pertimbangan masa depan.
“Seperti presiden saya tegaskan, GRS mengkhianati kita sebelum ini.
“Tentu sekali asas itu akan dijadikan perkiraan untuk kita membuat pertimbangan akan datang,” katanya.
Mengulas hala tuju PN sekiranya gagal memperoleh majoriti mudah, Ronald berkata keputusan mengenai rakan gabungan hanya akan dibuat selepas keputusan PRN diumumkan.
Katanya, walaupun PN bertanding di 41 kerusi, keputusan membentuk kerajaan tidak boleh dilakukan lebih awal.
Ini kerana ia bergantung kepada komposisi kerusi dan sama ada mana-mana parti mampu mencapai 37 kerusi untuk membentuk kerajaan sendiri.
“Setiap parti mempunyai aspirasi untuk membentuk kerajaan sendiri.
“Tetapi jika tidak ada parti yang mampu menguasai 37 kerusi, situasi untuk bergabung itu akan wujud. PN juga akan membuat keputusan berdasarkan keadaan selepas PRN,” jelasnya lagi.
Pada Disember 2022, Kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah mengumumkan keluar daripada parti itu.
Ketua Pimpinan Bersatu Sabah ketika itu, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan keadaan lanskap politik negara ketika ini terutama di Sabah.
Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, semua bekas ahli Bersatu termasuk beliau akan menubuhkan sebuah parti tempatan baharu tetapi buat masa ini akan menjadi ahli GRS.
Susulan itu, Ronald yang merupakan Naib Presiden Bersatu, dilantik sebagai Ketua Bersatu Sabah dan juga pengerusi PN negeri itu.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan menilai semula pendiriannya terhadap Gabungan Rakyat Sabah (GRS) selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 bagi menyesuaikan dengan keperluan politik yang dinamik di Sabah.
- PN Sabah akan membuat keputusan mengenai rakan gabungan selepas PRN berdasarkan komposisi kerusi dan keupayaan mana-mana parti mencapai 37 kerusi untuk membentuk kerajaan sendiri.
- Keputusan Bersatu Sabah keluar daripada parti itu dan menubuhkan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) berpotensi mempengaruhi pertimbangan PN terhadap kerjasama politik di Sabah pada masa depan.