[TERKINI] PRN Sabah: Puteri UMNO sambut baik kehadiran KJ
![[TERKINI] PRN Sabah: Puteri UMNO sambut baik kehadiran KJ [TERKINI] PRN Sabah: Puteri UMNO sambut baik kehadiran KJ](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2025-11/51763184197_KhairyJamaluddin.jpg)
Gambar kiri: Nurul Amal (kiri) dan Laiji. Gambar kanan: Khairi.
KUALA LUMPUR: Puteri UMNO mengalu-alukan kehadiran bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk membantu kempen calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Ringkasan AI
- Puteri UMNO mengalu-alukan kehadiran Khairy Jamaluddin, bekas Ketua Pemuda UMNO, untuk menyokong calon Puteri di PRN Sabah, menjanjikan suntikan semangat kepada calon tersebut.
- Calon Puteri, Laiji Ompongoh, yang merupakan bekas guru dan Setiausaha Puteri UMNO Sabah, digambarkan sebagai calon termuda di kawasan tersebut, diharapkan dapat membawa idea baharu untuk pembangunan setempat.
- Kehadiran Khairy, yang dikenali sebagai KJ, diharapkan dapat menarik pengundi muda kerana beliau sinonim dengan agenda belia, sekali gus memperkukuh usaha BN untuk meraih sokongan di Nabawan menjelang hari pengundian PRN Sabah pada 29 November.
“Calon Puteri di Nabawan adalah yang paling muda daripada lapan calon bertanding di kawasan itu. Kami berharap masyarakat memberi sokongan dan peluang kepada anak muda tempatan ini untuk membawa idea baharu demi pembangunan dan kemudahan yang lebih baik,” katanya.
Beliau berkata, golongan muda mewakili kira-kira 48 peratus pengundi di kawasan berkenaan.
Nurul Amal menambah, kehadiran KJ yang sinonim dengan agenda belia diyakini mampu menarik perhatian pengundi muda, sekali gus memperkukuh usaha BN untuk meraih sokongan di Nabawan.
Hari pengundian PRN Sabah ke-17 dijadual berlangsung pada 29 November ini dengan DUN Nabawan menyaksikan saingan lapan penjuru.
Hari ini, Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ, berkata kehadirannya ke Sabah adalah atas jemputan rakan seperjuangannya dalam Pemuda UMNO dan BN.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

