Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
POLITIK

[TERKINI] PRN Sabah: 'Saya sudah hantar surat letak jawatan kepada parti' - Fairuz

Astro Awani 15/11/2025 | 13:21 MYT
Fairuz bertanding atas tiket bebas selepas namanya digugurkan daripada senarai calon Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sekaligus parti itu memberi laluan kepada Pandikar sebagai calon bagi DUN tersebut. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Fairuz Renddan memaklumkan beliau sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada parti itu petang semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata surat peletakan jawatan itu bagi jawatan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Bahagian Pintasan dan Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Sabah yang disandangnya.

"Pejabat parti sudah menerima surat peletakan jawatan saya pada pukul 2.45 petang," katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung Gagasan Rakyat, Datuk Mohammad Razali Razi pagi tadi mengeluarkan kenyataan bahawa ahli parti yang bertanding atas tiket bebas dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah 2025 akan dipecat serta-merta.

Bagaimanapun, Fairuz hadir di Pusat Penamaan Calon di Dewan Masyarakat Tun Said Keruak dengan borang penamaan calon bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan bersama ribuan penyokong yang memakai baju-T hitam sambil melaungkan sorakan 'Kita Lawan'.

‎Fairuz merupakan penyandang kerusi DUN berkenaan selepas menang dalam PRN16 pada tahun 2020 dengan undian majoriti 84 undi menewaskan Presiden USNO, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Beliau bertanding atas tiket bebas selepas namanya digugurkan daripada senarai calon Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sekali gus parti itu memberi laluan kepada Pandikar sebagai calon bagi DUN tersebut.


#PRN #PRN Sabah #senarai calon PRN Sabah #Politik Sabah #Gagasan Rakyat