POLITIK
[TERKINI] PRN Sabah: Selepas Yamani Hafez, seorang lagi anak Musa Aman diumum bertanding
Hazem, yang juga Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah, akan bertanding mewakili Gabungan Rakyat Sabah di kerusi DUN Sungai Manila. - Foto GRS
KOTA KINABALU: Legasi politik bekas Ketua Menteri Sabah yang kini Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman, diteruskan apabila seorang lagi anak beliau, Hazem Mubarak, diumumkan sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Ringkasan AI
Hazem, 43, yang juga Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), akan bertanding mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila.
Pengumuman itu menjadikan beliau anak kedua Tun Musa yang bertanding dalam PRN kali ini, selepas abangnya, Datuk Yamani Hafez, yang diumumkan sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi DUN Sindumin.
Ketika ditemui media, Hazem menegaskan kedudukannya sebagai anak kepada Yang di-Pertua Negeri tidak memberi sebarang kelebihan dalam perjuangan politiknya.
“Saya sudah lama aktif dalam politik, tetapi apabila dilantik sebagai Ketua Bahagian Gagasan Rakyat tiga tahun lalu, barulah saya benar-benar turun padang.
“Selama tiga tahun ini kami berusaha mendekati rakyat dan mendengar masalah mereka,” katanya ketika ditemui selepas majlis pengumuman calon di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Rabu.
Mengulas mengenai penglibatan ramai ahli keluarganya dalam politik, Hazem menyifatkan perkara itu sebagai sebahagian daripada tradisi keluarga mereka.
“Memang ramai ahli keluarga saya terlibat dalam politik, tapi masing-masing ada haluan dan perjuangan sendiri,” katanya.
Untuk rekod, Tun Musa sebelum dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11, pernah menerajui Sabah sebagai Ketua Menteri selama lebih dua dekad.
Selain dua anaknya yang bertanding, calon DUN Membakut, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, juga merupakan menantunya.
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan Yamani Hafez berkata statusnya sebagai anak kepada Tun Musa bukan satu beban atau kelebihan luar biasa dalam menghadapi PRN17.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Hazem Mubarak, anak kedua Tun Musa Aman, diumumkan sebagai calon Pilihan Raya Negeri Sabah mewakili Gabungan Rakyat Sabah di DUN Sungai Manila, meneruskan legasi politik keluarga.
- Hazem menegaskan kedudukannya sebagai anak Yang di-Pertua Negeri tidak memberi kelebihan dalam perjuangan politiknya dan telah aktif dalam politik sejak dilantik sebagai Ketua Bahagian Gagasan Rakyat tiga tahun lalu.
- Penglibatan ramai ahli keluarganya dalam politik disifatkannya sebagai tradisi keluarga, termasuk Tun Musa yang sebelum ini menerajui Sabah sebagai Ketua Menteri selama lebih dua dekad.