POLITIK
[TERKINI] PRN Sabah: Sentimen pengundi ke arah individu berbanding parti politik
Strategi menunjukkan beberapa calon tetap menang berdasarkan populariti diri walaupun menukar parti pada PRN sebelum ini atas faktor individu. - Gambar fail
TAWAU: Minggu pertama kempen Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 menunjukkan sentimen pengundi lebih menilai calon individu berbanding parti politik.
Tinjauan Astro AWANI di beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) mendapati ada calon memilih untuk keluar parti atau bertanding secara bebas, bagi memastikan sokongan pengundi tidak terjejas sekiranya parti mereka ditolak.
Strategi itu turut menunjukkan beberapa calon, seperti ADUN Kuamut Datuk Masiung Banah, tetap menang berdasarkan populariti diri walaupun menukar parti pada PRN sebelum ini atas faktor individu.
Sejak 15 November, tinjauan dijalankan di beberapa DUN di Pantai Timur Sabah, termasuk Tawau, Lahad Datu, Beluran, Kinabatangan, Sebatik, dan Libaran.
Kawasan tersebut secara lazimnya menjadi kubu kuat kepada Parti Warisan pada PRN ke-16 yang menyebabkan Perikatan Nasional (PN) pada ketika itu membentuk kerajaan gabungan dengan Barisan Nasional (BN).
Namun Ketua Menteri Sabah sementara, Datuk Seri Hajiji Noor bertindak keluar daripada PN pada 10 Disember 2022 dan membentuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Susulan itu GRS menyaksikan kerjasama bersama parti di bawah Kerajaan Perpaduan iaitu Pakatan Harapan dan BN pada PRN kali ini namun terdapat pertindihan kerusi melibat DUN Kemabong, Moyog, Karamunting dan Bandau.
Selain daripada strategi politik, isu asas seperti bekalan air, elektrik, masalah jalan raya, tebatan banjir, kebersihan, dan pendatang tanpa izin tetap menjadi tumpuan, dengan calon berusaha meyakinkan pengundi mengenai langkah penyelesaiannya.
PRN kali ini menyaksikan 596 calon bertanding untuk 73 DUN, termasuk DUN Tulid yang mencatat 14 penjuru, penyertaan tertinggi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 29 November sebagai hari mengundi manakala 25 November untuk undi awal.
Berbaki seminggu lagi, pentas kritikal bakal dibuka bagi rakyat Sabah merayakan demokrasi.