POLITIK
[TERKINI] PRN Sabah: Sentimen pindah parti tidak jejas sokongan rakyat kepada Jamawi
Jamawi bersalaman dengan sebahagian penduduk setempat ketika berkempen bagi PRN Sabah ke-17 di Tenom, 16 Nov 2025. --fotoBERNAMA
TENOM: Sentimen bertukar parti tidak menjejaskan sokongan masyarakat setempat terhadap calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap Datuk Jamawi Ja'afar.
Ringkasan AI
Jamawi merupakan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Tenom dan pada PRN ke-17, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong itu bertanding sebagai calon PKR atas tiket PH.
Beliau berkata kunjungan ke beberapa kampung di DUN Melalap sejak kempen bermula, mendapati sambutan dan penerimaan penduduk setempat amat menggalakkan lebih-lebih apabila mengetahui beliau mewakili parti diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Daripada awal, saya risau sentimen berpindah parti serta isu berkenaan parti tempatan dan parti nasional, tetapi apabila masuk ke kampung-kampung, penerimaan masyarakat di situ amat positif.
"Ada orang kampung tanya siapa presiden parti yang saya wakili, dan saya beritahu Anwar Ibrahim. Terus mereka cakap ini satu-satunya Perdana Menteri masukkan duit dalam kad pengenalan untuk beli barangan keperluan (merujuk kepada Sumbangan Asas Rahmah - SARA)," katanya kepada Bernama.
Jamawi berkata DUN Melalap yang terletak dalam Parlimen Tenom, kira-kira 140 kilometer dari Kota Kinabalu merupakan kawasan luar bandar dan sokongan rakyat terhadap PH semakin kukuh dari hari ke hari, sekali gus memberikannya semangat untuk terus berkempen.
"Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana singgah di Tenom (pada Ahad lepas) walaupun dalam masa yang cukup singkat, tetapi ia memberi isyarat baik kepada pengundi kawasan Melalap agar memilih calon PH.
"Ini memudahkan perhubungan antara kerajaan negeri atau DUN Melalap dengan Putrajaya, seperti penyaluran lebih banyak peruntukan dan membawa masalah rakyat untuk diselesaikan pada peringkat Persekutuan," katanya.
Pada masa sama, Jamawi berkata kerjasama antara PH, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) di Melalap sangat lancar dan mantap.
"Untuk konteks Melalap saya bersyukur sebab perancangan PH, BN dan GRS terlaksana di sini. Maksudnya pemimpin GRS menyokong penuh saya sebagai calon dan begitu juga pemimpin BN," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 Nov bagi undi awal manakala 29 Nov sebagai hari pengundian.
Mengikut statistik SPR, sebanyak 1,784,843 pengundi terdiri daripada 1,760,417 pengundi biasa, 11,697 anggota tentera dan pasangan serta 12,729 anggota polis berserta pasangan layak menjalankan tanggungjawab pada PRN kali ini.
Untuk berita terkini tentang PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php
N42: MELALAP: SABAH: 21,320
1. Gabriel George Tulas (Bebas)
2. Priscella Peter (KDM)
3. Datuk Jamawi Ja'afar (PH-PKR)
4. Alviana Linus (STAR)
5. Cheld Bryend Lind (Warisan)
6. Junik Bajit (UPKO)
7. Kevin Chong (PIS)
8. Fatimah Ibrahim (Bebas)
(2020: Peter Anthony: Warisan Plus-Warisan: Maj: 1,719)
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Sentimen bertukar parti tidak menjejaskan sokongan masyarakat terhadap calon Pakatan Harapan (PH) di DUN Melalap Sabah.
- Penduduk setempat memberikan sambutan positif terhadap Datuk Jamawi Ja'afar yang mewakili PH, terutama apabila mengetahui beliau diketuai oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
- Sokongan kukuh terhadap PH di Melalap memberi semangat kepada Jamawi untuk terus berkempen, di samping memudahkan perhubungan antara kerajaan negeri dan Persekutuan.