POLITIK
[TERKINI] PRN Sabah: "Soal saya langgar atau lawan perintah presiden, itu perkara kedua" - Fairuz Renddan
Fairuz Renddan (duduk, tengah) semasa sidang media selepas Mesyuarat Exco Pemuda Gagasan Rakyat bagi penyerahan tugas-tugas kempen pilihan raya, di Kota Kinabalu pada Rabu. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Datuk Fairuz Renddan berkata beliau akan menilai semula sama ada bertanding atas tiket bebas selepas namanya tidak dicalonkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Rabu.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan itu menjelaskan, walaupun menerima dengan hati terbuka keputusan itu, beliau akan mengadakan perbincangan bersama jentera dan pengundi di DUN Pintasan sebelum berbuat demikian.
"Soal sama ada saya akan melanggar atau melawan apa yang diperintahkan oleh presiden saya, itu perkara kedua. Kita akan balik ke kawasan dan bincang dengan semua jentera kita sebelum membuat keputusan.
"Tindakan saya akan memberikan kesan bukan hanya kepada kawasan Pintasan, tetapi seluruh 73 DUN Sabah," katanya selepas Mesyuarat Exco Pemuda Gagasan Rakyat bagi penyerahan tugas-tugas kempen pilihan raya, di Kota Kinabalu pada Rabu.
Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) itu memberitahu, pada awalnya beliau dicalonkan bagi kerusi DUN Pintasan tetapi telah dihubungi Presidennya, Datuk Seri Hajiji Noor pada saat akhir yang memaklumkan namanya tidak dicalonkan.
Selain itu, tambah Fairuz, beliau turut dihubungi pelbagai parti lokal dan Semenanjung untuk bertanding selepas khabar angin mengatakan dia tidak dicalonkan GRS.
"Saya menolak dengan baik permintaan mereka kerana saya hormat sahabat yang sudah diumumkan sebagai calon," ujarnya.
Jelasnya lagi, perjuangan di Pintasan belum selesai kerana masih banyak urusan pembangunan akar umbi dan agihan geran pantas yang perlu diselesaikan demi rakyat di kawasan itu.
Pada PRN Sabah ke-16, Fairuz yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional menang dengan majoriti 84 undi dalam saingan enam penjuru sekali gus menewaskan Presiden USNO, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Datuk Fairuz Renddan akan menilai semula untuk bertanding atas tiket bebas selepas tidak dicalonkan oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di DUN Pintasan.
- Fairuz akan berbincang dengan jentera dan pengundi sebelum membuat keputusan, menyatakan tindakannya akan memberi kesan kepada seluruh 73 DUN Sabah.
- Meskipun menerima keputusan dengan hati terbuka, Fairuz menegaskan bahawa perjuangan di Pintasan belum selesai, dengan urusan pembangunan dan agihan geran pantas yang perlu diselesaikan demi rakyat kawasan tersebut.
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan itu menjelaskan, walaupun menerima dengan hati terbuka keputusan itu, beliau akan mengadakan perbincangan bersama jentera dan pengundi di DUN Pintasan sebelum berbuat demikian.
"Soal sama ada saya akan melanggar atau melawan apa yang diperintahkan oleh presiden saya, itu perkara kedua. Kita akan balik ke kawasan dan bincang dengan semua jentera kita sebelum membuat keputusan.
"Tindakan saya akan memberikan kesan bukan hanya kepada kawasan Pintasan, tetapi seluruh 73 DUN Sabah," katanya selepas Mesyuarat Exco Pemuda Gagasan Rakyat bagi penyerahan tugas-tugas kempen pilihan raya, di Kota Kinabalu pada Rabu.
Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) itu memberitahu, pada awalnya beliau dicalonkan bagi kerusi DUN Pintasan tetapi telah dihubungi Presidennya, Datuk Seri Hajiji Noor pada saat akhir yang memaklumkan namanya tidak dicalonkan.
Selain itu, tambah Fairuz, beliau turut dihubungi pelbagai parti lokal dan Semenanjung untuk bertanding selepas khabar angin mengatakan dia tidak dicalonkan GRS.
"Saya menolak dengan baik permintaan mereka kerana saya hormat sahabat yang sudah diumumkan sebagai calon," ujarnya.
Jelasnya lagi, perjuangan di Pintasan belum selesai kerana masih banyak urusan pembangunan akar umbi dan agihan geran pantas yang perlu diselesaikan demi rakyat di kawasan itu.
Pada PRN Sabah ke-16, Fairuz yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional menang dengan majoriti 84 undi dalam saingan enam penjuru sekali gus menewaskan Presiden USNO, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tindakan yang akan diambil oleh Datuk Fairuz Renddan selepas tidak dicalonkan oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS)?
A: Datuk Fairuz Renddan akan menilai semula sama ada bertanding atas tiket bebas selepas tidak dicalonkan oleh GRS. - Q: Mengapa Datuk Fairuz Renddan mengadakan perbincangan bersama jentera dan pengundi di DUN Pintasan?
A: Datuk Fairuz Renddan mengadakan perbincangan bersama jentera dan pengundi di DUN Pintasan sebelum membuat keputusan mengenai sama ada akan bertanding atas tiket bebas. - Q: Apa kesan tindakan Datuk Fairuz Renddan terhadap DUN Sabah jika beliau memutuskan untuk bertanding atas tiket bebas?
A: Keputusan Datuk Fairuz Renddan untuk bertanding atas tiket bebas akan memberikan kesan kepada seluruh 73 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah. - Q: Mengapa nama Datuk Fairuz Renddan tidak dicalonkan oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS)?
A: Nama Datuk Fairuz Renddan tidak dicalonkan oleh GRS kerana beliau telah dihubungi oleh Presiden Gagasan Rakyat (Datuk Seri Hajiji Noor) pada saat akhir yang namanya tidak dicalonkan. - Q: Apakah hasil pilihan raya PRN Sabah ke-16 yang melibatkan Datuk Fairuz Renddan?
A: Datuk Fairuz Renddan menang dengan majoriti 84 undi dalam pilihan raya PRN Sabah ke-16, menewaskan Presiden USNO, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini