POLITIK
[TERKINI] PRN Sabah: SPR keluarkan 22,881 kertas undi pos
SPR menetapkan 25 Nov bagi pengundian awal PRN Sabah manakala 29 Nov sebagai hari pengundian. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan sebanyak 22,881 kertas undi pos kepada semua yang layak untuk mengundi sebagai pengundi pos.
Ia seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Menurut Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus, pengeluaran kertas undi pos pada 17 dan 18 November 2025 dijalankan oleh petugas undi pos di semua 73 bahagian PRN.
Khairul dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, kesemua 22,881 kertas undi pos tersebut terdiri daripada 21,362 kertas undi pos bagi kategori 1A (Petugas Pilihan Raya, Ahli/Pegawai SPR, Anggota Polis, Anggota Tentera, dan Petugas Media).
"Manakala 336 kertas undi pos bagi kategori 1B (warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara), dan 1,183 kertas undi pos bagi kategori 1C (Agensi/Organisasi).
"Proses pengeluaran kertas undi pos ini dijalankan dengan kehadiran ejen undi pos daripada parti atau individu yang bertanding," ujarnya.
Pada masa sama, SPR mengingatkan kepada semua pengundi pos supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul borang Pengisytiharan Identiti (Borang 2) serta segera mengembalikannya kepada Pegawai Pengurus Dewan Undangan berkenaan sebelum jam 5.00 petang pada hari mengundi iaitu pada 29 November 2025 (Sabtu).
Tambahnya, pengundi juga diingatkan agar sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di laman media sosial.
Sebelum ini, SPR menetapkan 25 Nov bagi pengundian awal PRN Sabah manakala 29 Nov sebagai hari pengundian.
Mengikut statistik SPR, sebanyak 1,784,843 pengundi terdiri daripada 1,760,417 pengundi biasa, 11,697 anggota tentera berserta pasangan dan 12,729 anggota polis berserta pasangan layak menjalankan tanggungjawab mereka pada PRN kali ini.