[TERKINI] PRN Sabah: SPR mula proses pengeluaran undi pos
![[TERKINI] PRN Sabah: SPR mula proses pengeluaran undi pos [TERKINI] PRN Sabah: SPR mula proses pengeluaran undi pos](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2025-03/81741319329_SPR.jpg)
Proses berkenaan merangkumi penyediaan, semakan dan penyusunan kertas undi sebelum dihantar kepada pemilih yang layak. - Gambar hiasan
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memulakan proses pengeluaran kertas undi pos bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Ringkasan AI
- SPR memulakan proses pengeluaran kertas undi pos bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 dengan merangkumi tiga kategori pemohon yang dibenarkan mengundi pos, iaitu Kategori 1A (Dalam Negara), Kategori 1B (Luar Negara), dan Kategori 1C (Agensi/Organisasi).
- Kategori 1A termasuk anggota dan pegawai SPR, petugas pilihan raya, anggota polis serta tentera yang tidak dapat hadir pada hari mengundi, sementara Kategori 1B merangkumi pemilih yang menetap di luar negara. Kategori 1C pula diperuntukkan kepada anggota pelbagai agensi yang bertugas dan tidak dapat hadir pada hari mengundi.
- Pengundian bagi PRN Sabah ke-17 dijadualkan pada 29 November dengan pengundian awal pada 25 November. Bagi maklumat lanjut, layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php.
Kategori 1A merangkumi anggota dan pegawai SPR, petugas pilihan raya, anggota polis serta tentera yang tidak dapat hadir pada hari mengundi awal atau hari mengundi, selain petugas media yang membuat liputan sepanjang tempoh pilihan raya.
Kategori 1B pula merangkumi pemilih yang menetap di luar negara, manakala Kategori 1C diperuntukkan kepada anggota pelbagai agensi yang bertugas dan tidak dapat hadir pada hari mengundi.
Golongan itu termasuk Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (PVR), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Penjara Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), pegawai Jabatan Pendaftaran Negara di UTC serta kakitangan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).
SPR menetapkan 29 Nov ini sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17 dan 25 Nov bagi pengundian awal.
Untuk berita-berita terkini mengenai PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

