Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
POLITIK

[TERKINI] PRN Sabah: SPR sahkan calon PH kekal atas kertas undi DUN Silam

Naz Raseed 18/11/2025 | 02:45 MYT
Calon PH N.62 Silam, Abd Halim Sidek, kekal bertanding meskipun umum tarik diri, menurut SPR. - Foto/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan bahawa calon Pakatan Harapan (PH), Abd Halim Sidek Gulam Hassan, kekal sebagai calon bertanding bagi Bahagian Pilihan Raya Negeri N.62 Silam meskipun beliau mengumumkan penarikan diri.

Dalam satu kenyataan, SPR menjelaskan bahawa pihaknya mengambil maklum mengenai tindakan calon berkenaan yang sebelum ini telah disahkan sebagai calon pada Hari Penamaan Calon.

SPR menjelaskan, keputusan itu dibuat selaras dengan peruntukan undang-undang.

RISE OF THE VOTERS: Kenali Haiwan Jiwa Anda. Klik untuk bermain!

"Merujuk kepada Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981,calon tidak dibenarkan menarik pencalonan selepas sesi penamaan calon dijalankan.

“Tiada seorang calon pun boleh menarik pencalonannya selepas pukul 10.00 pagi pada hari penamaan.” jelas kenyataan rasmi dikeluarkan SPR, hari ini.

Sehubungan itu, SPR menekankan bahawa calon PH bagi N.62 Silam akan kekal tertera di kertas undi bagi bahagian pilihan raya tersebut.
#Pakatan Harapan #Suruhanjaya Pilihan Raya #PRN Sabah #N 62 Silam #Abd Halim Sidek Gulam Hassan