POLITIK
[TERKINI] PRN Sabah: Star tambah 17 lagi calon, bekas penyampai TV di DUN Pantai Manis
Turut dicalonkan ialah bekas penyampai TV Radio Televisyen Malaysia Kota Kinabalu, Francis (gambar) di DUN Pantai Manis. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Parti Solidariti Tanahairku (STAR) hari ini mengumumkan 17 calon tambahan yang akan berentap pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada 29 November ini.
Antara kerusi tambahan itu ialah Dewan Undangan Negeri (DUN) Banggi; Tanjong Kapor; Kadamaian; Pantai Dalit; Tanjong Keramat dan Tanjung Aru.
Selain itu, Star juga akan menempatkan calon di Bongawan; Kuala Penyu dan Lumadan.
Turut dicalonkan ialah bekas penyampai TV Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Kota Kinabalu, Sabah, Francis Fahir di DUN Pantai Manis.
Star yang dipimpin bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Jeffrey Kitingan itu, dijangka meluaskan pengaruh di kawasan pedalaman dan dikuasai pengundi masyarakat Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR).
ia akan melibatkan kerusi DUN Nabawan, Telupid, Kuamut dan Kadamaian.
Star juga akan meletakkan calon di Sulabayan; Kukusan dan Sebatik serta Lumadan.
Star turut memberi saingan di kerusi DUN Moyog yang dilihat bakal menyaksikan pertembungan paling banyak pada PRN kali ini.
Pada Rabu, Jeffrey mengumumkan 29 nama calon yang akan bertanding pada PRN kali ini, namun penyenaraian akhir calon dibuat selepas proses tapisan bagi memilih individu-individu yang paling layak dan berwibawa.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini