POLITIK

[TERKINI] PRN Sabah: STAR umum bertanding di 40 kerusi

Bernama 12/11/2025 | 06:20 MYT
Presiden STAR, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan bergambar bersama bersama barisan calon STAR ketika hadir majlis pengumuman calon sempena Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) ke-17 hari ini. - Foto Bernama
KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) akan bertanding di 40 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 pada 29 Nov ini.


Ringkasan AI
  • Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) akan bertanding di 40 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 Sabah pada 29 Nov ini.
  • Presiden STAR, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan mengumumkan 29 calon hari ini, sementara 11 calon lagi akan diumumkan dalam masa terdekat.
  • Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon PRN Sabah pada Sabtu ini, dengan tarikh pengundian awal dan pengundian pada 25 dan 29 Nov.


Presidennya Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata sebanyak 29 calon diumumkan hari ini manakala baki 11 lagi akan dimuktamadkan dalam tempoh terdekat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon PRN Sabah pada Sabtu ini, manakala tarikh pengundian awal dan hari pengundian masing-masing pada 25 dan 29 Nov.

Berikut adalah senarai calon STAR:



N02 Bengkoka Maklin Masiau

N06 Bandau Shirewin D. Patrick

N07 Tandek Datuk Arlinsia Agang

N08 Pintasan Raplin Samat

N09 Tempasuk Walter Mark Mukis

N10 Usukan Mohd Lin Harun

N14 Tamparuli Jinitoh Sontori

N15 Kiulu Terence Sinti

N16 Karambunai Datuk Stephen Teo

N18 Inanam Datuk Kenny Chua Teck Ho

N20 Api-Api Ting Shu Kiong

N23 Petagas Annita Shiela F. Among

N25 Kapayan Benard Logijin

N28 Kawang Beverly Natalie Koh

N31 Membakut Adrian Lajim

N35 Sindumin Moktar Matussin

N37 Karanaan Mohd Anuar Abdul Ghani

N38 Panginatan Pedderin @ Freddrin Tuliang

N39 Tambunan Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan

N40 Bingkor Datuk Mohd Ishak Ayub

N41 Liawan Agustine A. Nain

N42 Melalap Alviana Linus

N43 Kemabong Hasmin @ Azroy Abdullah

N44 Tulid Datuk Baritus Gungkit @ Evaristus

N45 Sook Ireneus Pagut @ Jerneus Pagut

N60 Tungku Suling Isib

N66 Bugaya Mohd Taha Mohd Dara

N67 Balung Chee Kheng Moi

N69 Sri Tanjong Datuk Fung Len Fui

-- BERNAMA

#PRN Sabah #STAR #senarai calon #terkini