POLITIK
[TERKINI] PRN Sabah: 'Tunggu dan lihat' - KJ
Khairy berkata kehadirannya ke Sabah adalah atas jemputan rakan seperjuangannya dalam Pemuda UMNO dan BN.
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini menegaskan kehadirannya di Sabah sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan ini adalah untuk membantu rakan-rakan lamanya, khususnya dalam kalangan bekas Pemuda UMNO.
Ringkasan AI
Dalam satu hantaran di media sosial hari ini, beliau memaklumkan tidak terbabit dengan mana-mana parti politik.
Beliau berkata laporan media yang mendakwa dirinya turun berkempen untuk UMNO adalah tidak tepat, kerana sokongan yang diberikan adalah atas dasar persahabatan dan hubungan lama.
“Saya kata saya akan bantu kawan-kawan lama dalam Pemuda dulu. Tak semestinya mereka masih bersama UMNO. Mungkin GRS, mungkin pihak lain. Tunggu dan lihat,” katanya.
Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ, berkata kehadirannya ke Sabah adalah atas jemputan rakan seperjuangannya dalam Pemuda UMNO dan BN.
"Ya, saya akan turun (ke Sabah). Saya ada menerima jemputan dan permintaan daripada kawan-kawan lama yang pernah bersama saya dalam Pemuda dahulu," katanya.
Sebelum ini, laporan media memetik sumber melaporkan bahawa bekas Ahli Parlimen Rembau itu dijangka kembali menyertai UMNO selepas mendapat 'restu' pimpinan tertinggi parti, khususnya Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut sumber, isyarat restu itu disampaikan sendiri Timbalan Perdana Menteri kepada Khairy ketika beliau menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Rozabil Abdul Rahman, pada 26 Oktober lalu.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa kehadirannya di Sabah semasa kempen Pilihan Raya Negeri adalah untuk membantu rakan-rakan lamanya, terutamanya dalam kalangan bekas Pemuda UMNO, tanpa terlibat dengan mana-mana parti politik tertentu, menyatakan bahawa sokongan yang diberikan adalah atas dasar persahabatan.
- Beliau menjelaskan bahawa beliau akan membantu kawan-kawan lama dalam Pemuda walaupun mereka mungkin tidak lagi bersama UMNO, dan turut menerima jemputan daripada rakan seperjuangan dalam Pemuda UMNO dan BN untuk turun ke Sabah.
- Laporan media sebelum ini yang mendakwa Khairy akan kembali menyertai UMNO selepas mendapat 'restu' pimpinan tertinggi parti, khususnya Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, disebut sebagai isyarat yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri kepada Khairy semasa menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis pada 26 Oktober lalu.
Dalam satu hantaran di media sosial hari ini, beliau memaklumkan tidak terbabit dengan mana-mana parti politik.
Beliau berkata laporan media yang mendakwa dirinya turun berkempen untuk UMNO adalah tidak tepat, kerana sokongan yang diberikan adalah atas dasar persahabatan dan hubungan lama.
“Saya kata saya akan bantu kawan-kawan lama dalam Pemuda dulu. Tak semestinya mereka masih bersama UMNO. Mungkin GRS, mungkin pihak lain. Tunggu dan lihat,” katanya.
Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ, berkata kehadirannya ke Sabah adalah atas jemputan rakan seperjuangannya dalam Pemuda UMNO dan BN.
"Ya, saya akan turun (ke Sabah). Saya ada menerima jemputan dan permintaan daripada kawan-kawan lama yang pernah bersama saya dalam Pemuda dahulu," katanya.
Sebelum ini, laporan media memetik sumber melaporkan bahawa bekas Ahli Parlimen Rembau itu dijangka kembali menyertai UMNO selepas mendapat 'restu' pimpinan tertinggi parti, khususnya Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut sumber, isyarat restu itu disampaikan sendiri Timbalan Perdana Menteri kepada Khairy ketika beliau menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Rozabil Abdul Rahman, pada 26 Oktober lalu.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
#Barisan Nasional
#Khairy Jamaluddin
#senarai calon PRN Sabah
#kerusi PRN Sabah
#Calon PRN Sabah 2025