Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
POLITIK

[TERKINI] PRN Sabah: UMNO sangkal dakwaan Armizan, semua disebabkan kelemahan kepimpinan GRS

Assim Hassan 19/11/2025 | 09:29 MYT
Suhaimi dalam kenyataan berkata, masalah bekalan air dan elektrik yang dibangkitkan Armizan bukan disebabkan Bung Moktar semata-mata tetapi daripada isu sistemik dan kelemahan pentadbiran negeri. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: UMNO Sabah menolak dakwaan Timbalan Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali bahawa Sabah 'hilang dua tahun' akibat tindakan Datuk Seri Bung Moktar Radin semasa menjadi Menteri Kerja Raya Sabah.


Ringkasan AI
  • UMNO Sabah menolak dakwaan bahawa Sabah 'hilang dua tahun' disebabkan oleh tindakan Datuk Seri Bung Moktar Radin, menyatakan masalah bekalan air dan elektrik bukan semata-mata kesalahan beliau, tetapi berpunca daripada isu sistemik dan kelemahan pentadbiran negeri.
  • Menurut Ketua Penerangannya, Datuk Suhaimi Nasir, kelemahan kepimpinan politik GRS dalam mentadbir menyebabkan decision paralysis terhadap projek-projek besar, menunjukkan bahawa masalah tersebut berpunca daripada kegagalan kepimpinan utama GRS.
  • BN mempunyai rangka kerja jelas untuk mempercepatkan pembangunan infrastruktur Sabah termasuk melalui mekanisme Fast-Track Procurement, penubuhan Project Delivery Unit (PDU) untuk pemantauan projek, dan reformasi pengurusan SESB serta grid elektrik.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Ketua Penerangannya, Datuk Suhaimi Nasir dalam kenyataan pada Rabu berkata, masalah bekalan air dan elektrik yang dibangkitkan Armizan bukan disebabkan Bung Moktar semata-mata tetapi daripada isu sistemik dan kelemahan pentadbiran negeri.

Dakwanya, birokrasi Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang terlalu kompleks, proses perolehan yang perlahan dan berlapis serta penyelarasan Bersama pembiayaan Persekutuan telah lama menjejaskan projek kritikal.

"Ia ditambah lagi apabila isu-isu ini tidak dapat ditangani kerana kelemahan kepimpinan politik GRS dalam mentadbir sehingga menyebabkan berlakunya decision paralysis (keputusan tergantung) terhadap projek-projek besar.

"Ini menunjukkan masalah tersebut bukan berpunca daripada seorang menteri, tetapi daripada kegagalan kepimpinan utama GRS mengurus kerajaan gabungan dengan efektif," katanya.

Suhaimi yang juga Ahli Parlimen Libaran berkata, taktik menuding jari ke arah orang lain dilihat taktik politik yang sudah dijangka apabila mereka gagal.

Walaupun GRS memilih untuk menuding jari, BN hadir dengan rangka kerja (roadmap) jelas untuk mempercepatkan pembangunan infrastruktur Sabah:

1. Fast-Track Projek Air kepada tempoh 12–18 Bulan.
BN beriltizam melaksanakan mekanisme Fast-Track Procurement bagi projek air kritikal supaya proses reka bentuk, tender dan kelulusan dapat disiapkan dalam tempoh 12–18 bulan sahaja bukan bertahun-tahun seperti di bawah GRS. Pendekatan ini juga mengelakkan peningkatan kos tidak munasabah seperti kes Projek Kogopon.

2. BN akan menubuhkan Project Delivery Unit (PDU)
BN akan menubuhkan PDU di bawah Pejabat Ketua Menteri bagi memantau tender, pembiayaan dan isu tanah projek strategik. PDU akan menghapuskan kelewatan akibat decision paralysis serta menyelaras jabatan teknikal yang selama ini melambatkan banyak projek negeri.

3. Reformasi Pengurusan SESB dan Grid Elektrik
Dengan kuasa kawal selia elektrik yang dipindahkan kepada Sabah pada Januari 2024, BN akan, menyusun semula Lembaga Pengarah SESB berasaskan kepakaran teknikal dan memberi keutamaan kepada pelaburan grid jangka panjang termasuk Southern Link dan Menjamin kestabilan bekalan elektrik dalam tempoh lima hingga lapan 8 tahun.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah sebab utama yang disebut oleh UMNO Sabah bagi masalah bekalan air dan elektrik di Sabah?
    A: UMNO Sabah menyatakan bahawa masalah bekalan air dan elektrik di Sabah disebabkan oleh isu sistemik dan kelemahan pentadbiran negeri, bukan semata-mata tindakan Bung Moktar Radin.
  • Q: Apa tindakan yang diumumkan oleh BN untuk mempercepatkan pembangunan infrastruktur Sabah?
    A: BN berjanji untuk melaksanakan mekanisme Fast-Track Procurement bagi projek air kritikal dalam tempoh 12–18 bulan, menubuhkan Project Delivery Unit (PDU) untuk memantau tender dan pembiayaan projek, serta merombak pengurusan SESB dan grid elektrik di Sabah.
  • Q: Apakah peranan yang akan dimainkan oleh Project Delivery Unit (PDU) yang akan ditubuhkan oleh BN?
    A: PDU akan bertanggungjawab memantau tender, pembiayaan, dan isu tanah projek strategik, serta menghapuskan kelewatan akibat decision paralysis yang selama ini menghalang pelaksanaan banyak projek negeri.


#PRN Sabah 2025 #Calon PRN Sabah 2025 #Bung Moktar Radin #Suhaimi Nasir