POLITIK
[TERKINI] PRN Sabah: UPKO Malaysia pandang serius fitnah kerjasama dengan BN
Sehubungan itu, UPKO Malaysia menggesa pihak terbabit agar membuat permohonan maaf secara terbuka - Foto FB UPKO Malaysia
KOTA KINABALU: Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Malaysia menafikan parti itu sedang membentuk kerjasama dengan Barisan Nasional (BN), seperti yang ditularkan.
UPKO Malaysia dalam kenyataan di laman Facebook menegaskan, pihaknya memandang serius fitnah yang disebarkan oleh sebuah halaman berhubung dakwaan kononnya wujud kerjasama antara UPKO dan BN, berdasarkan sebuah gambar bertarikh 1 November 2025.
"Untuk makluman, UPKO telah keluar daripada Pakatan Harapan (PH) pada 10 November.
"Selepas tarikh tersebut, tidak wujud sebarang bentuk kerjasama dengan mana-mana parti dari Semenanjung kerana UPKO bukan lagi sebahagian daripada PH," katanya dalam kenyataan tersebut.
Sehubungan itu, UPKO Malaysia menggesa pihak terbabit agar membuat permohonan maaf secara terbuka.
"Jika tidak membuat permohonan maaf, UPKO tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas, termasuk tindakan undang-undang di bawah Akta Fitnah 1957 (Akta 286)," tambah kenyataan itu.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini