POLITIK
[TERKINI] PRN Sabah: Warisan tampil calon adik-beradik, Shafie dan Yusof Apdal
Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan mempertahankan kerusi DUN Senallang manakala adiknya, Mohammad Yusof bertanding di Silam. - Foto Warisan
KOLOMBONG: Dua beradik dalam Parti Warisan bertanding dalam gelanggang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 dengan misi memperkukuh kepercayaan rakyat di kawasan pantai timur negeri itu.
Ringkasan AI
Presiden parti, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang yang disandangnya sejak dua penggal lalu.
Mohd Shafie yang merupakan Ahli Parlimen Semporna adalah salah seorang calon daripada tiga Ahli Parlimen Warisan yang akan berentap dalam PRN kali ini.
Seorang daripadanya ialah adik Mohd Shafie, Mohammad Yusof Apdal yang juga Ahli Parlimen Lahad Datu, bakal bertanding di DUN Silam.
Kerusi DUN Silam yang kini ditandingi Mohammad Yusof merupakan kawasan baharu hasil persempadanan semula pada 2019, merangkumi sebahagian kawasan asal DUN Lahad Datu yang pernah diwakilinya pada 2013.
Penyertaannya kali ini dilihat sebagai kesinambungan politik di kawasan sama yang memberi beliau kemenangan besar dahulu dengan majoriti 8,415 undi.
Terdahulu, Mohd Shafie mengumumkan Warisan akan bertanding di kesemua 73 kerusi dalam PRN17, berbanding 46 kerusi yang ditandingi parti itu pada PRN lalu.
Pada PRN16 lalu, Warisan menang 23 kerusi sementara DAP yang menggunakan logo Warisan menang enam kerusi.
Secara keseluruhan, pakatan Warisan Plus yang juga merangkumi PKR dan Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) pada ketika itu memenangi 32 kerusi.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Dua beradik dari Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan adiknya Mohammad Yusof Apdal, akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 di kawasan pantai timur negeri untuk memperkukuh kepercayaan rakyat.
- Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan mempertahankan kerusi DUN Senallang, manakala adiknya, Mohammad Yusof Apdal, akan bertanding di DUN Silam, kawasan baharu hasil persempadanan semula pada 2019.
- Kehadiran kedua-dua beradik ini dalam PRN17 dianggap sebagai kesinambungan politik Warisan di Sabah, di mana sebelum ini, parti tersebut menang 23 kerusi dalam PRN16 yang lalu.