[TERKINI] PRN Sabah: Warisan tanding kesemua 73 kerusi, 60 peratus muka baharu
![[TERKINI] PRN Sabah: Warisan tanding kesemua 73 kerusi, 60 peratus muka baharu [TERKINI] PRN Sabah: Warisan tanding kesemua 73 kerusi, 60 peratus muka baharu](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2025-11/51762923834_PRNSabah.jpg)
Mohd Shafie berucap dalam majlis penyampaian watikah dan pengumuman calon Warisan, di sini, pada Rabu.
KOLOMBONG: Parti Warisan mengumumkan bertanding di kesemua 73 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, berbanding 46 kerusi yang ditandingi parti itu pada PRN lalu.
Ringkasan AI
- Parti Warisan bertanding di kesemua 73 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, menaikkan jumlah daripada 46 kerusi pada PRN sebelumnya.
- Lebih kurang 60 peratus calon baru dan 30 peratus calon muda dipilih oleh Warisan selepas melalui proses tapisan ketat untuk mengekalkan kebebasan daripada rasuah.
- Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, menyeru calon untuk berjuang bersama demi masa depan Sabah serta menekankan keperluan bersatu tanpa melibatkan politik yang memecah belah.
Shafie turut mengesahkan, beliau akan mempertahankan kerusi disandangnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang.
“Kita tahu Warisan bukan parti yang banyak duit, kadang-kadang sewa bangunan Warisan ini pun tangguh bayarannya.
“Maka saya ingin nasihatkan kepada calon... kadang-kadang calon ini ada saya dengar mereka tidak turun padang, pelbagai masalah yang ada... jangan begitu. Ini untuk rakyat, yang tidak terpilih sebagai calon jangan kecewa, mari kita berjuang bersama kali ini
“Ini bukan sekadar pilihan raya tetapi perjuangan untuk masa depan anak-anak Sabah. Jangan biarkan Sabah terus ketinggalan kerana politik yang memecah-belah. Mari kita satukan tenaga. Satu hati, satu tujuan, satu Sabah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyampaian watikah dan pengumuman calon Warisan, di sini, pada Rabu.
Pada PRN16 lalu, Warisan menang 23 kerusi sementara DAP yang menggunakan logo Warisan menang enam kerusi.
Secara keseluruhan, pakatan Warisan Plus yang juga merangkumi PKR dan Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) pada ketika itu memenangi 32 kerusi.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

