awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keharmonian sambutan upacara keagamaan cerminan kebersamaan rakyat Malaysia - Anwar
Wanita rugi RM10,000 selepas beg galas dalam kereta dicuri
Pemimpin Bersatu sertai DAP? - 'Sila ikut prosedur' - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Rombakan Kabinet: 10 Menteri, 18 Timbalan Menteri dilantik - PM Anwar

Seth Akmal
Seth Akmal
16/12/2025
08:05 MYT
[TERKINI] Rombakan Kabinet: 10 Menteri, 18 Timbalan Menteri dilantik - PM Anwar
Pelantikan anggota Kabinet baharu ini disifatkan sebagai penstrukturan semula bagi memperkukuh kecekapan pentadbiran. - Foto Astro AWANI
PUTRAJAYA: Hannah Yeoh dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dalam rombakan Kabinet Kerajaan Madani yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Perdana Putra di sini, pada Selasa.
PM Anwar turut mengumumkan senarai pelantikan menteri dan timbalan menteri baharu melibatkan beberapa kementerian utama dalam usaha memperkukuh pentadbiran dan kecekapan pentadbiran Kerajaan MADANI.
Pelantikan itu melibatkan sejumlah 14 menteri dan 18 timbalan menteri, merangkumi portfolio ekonomi, sosial, agama, pendidikan, belia, sumber manusia serta kelestarian alam.
Senarai Menteri dan Timbalan Menteri baharu:
Menteri: 1. Menteri Wilayah Persekutuan: Hannah Yeoh 2. Menteri Sabah dan Sarawak: Datuk Musfata Sakmud 3. Menteri Hal Ehwal Agama: Zulkifli Hasan 4. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri: Datuk Seri Johari Abdul Ghani 5. Menteri Pembangunan Usahawan, Koperasi dan PMKS: Steven Sim Chee Keong 6. Menteri Ekonomi: Akmal Nasrullah Mohd Nasir 7. Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam: Datuk Seri Arthur Joseph Kurup 8. Menteri Perladangan dan Komoditi: Datuk Seri Noraini Ahmad 9. Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri R Ramanan 10. Menteri Belia dan Sukan: Dr Taufiq Johari
Timbalan Menteri: 1. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan: Loh Su Fui 2. Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama: Marhamah Rusli 3. Timbalan Menteri Kewangan: Liew Chin Tong 4. Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air: Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad 5. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan: Chan Foong Hin 6. Timbalan Menteri Luar Negeri: Lukanisman Awang Sauni 7. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Lim Hui Ying 8. Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi: Adam Adli Abd Halim 9. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya: Chiew Choon Man 10. Timbalan Menteri Perpaduan: R. Yuneswaran 11. Timbalan Menteri MITI: Sim Sze Tzin 12. Timbalan Menteri Kesihatan: Datuk Hanifah Hajar Taib 13. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Datuk Muhammad Alamin 14. Timbalan Menteri Ekonomi: Datuk Mohamad Shahar Abdullah 15. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam: Syed Ibrahim Syed Noh 16. Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi: Datuk Seri Huan Tiong Sii 17. Timbalan Menteri Sumber Manusia: Datuk Khairul Firdaus Akhbar Khan 18. Timbalan Menteri Belia dan Sukan: Mordy Bimol
PM umum rombakan Kabinet, beberapa nama ditukar portfolio, digugur
Upacara mengangkat sumpah yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan berlangsung jam 10 pagi di Istana Negara dan mesyuarat Jemaah Menteri akan diteruskan pada 2.30 petang, esok (Rabu).
Beliau turut mengambil kesempatan untuk menzahirkan penghargaan kepada rakan-rakan Menteri dan Timbalan Menteri yang telah menyumbangkan tenaga bakti melalui kementerian dan kepada negara sebelum ini.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Steven Sim
#Senarai Kabinet Malaysia 2025
#Akmal Nasrullah Mohd Nasir
#Liew Chin Tong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan