[TERKINI] Senarai Lengkap Kabinet Baharu MADANI – Siapa Pegang Portfolio Utama?
POLITIK

[TERKINI] Rombakan Kabinet: Portfolio Sabah dan Sarawak kembali diterajui Mustapha Sakmud

Seth Akmal 16/12/2025 | 10:22 MYT
Mustapha yang juga merupakan kini mengisi portfolio Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewujudkan semula portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Urusan Sabah dan Sarawak).

Portolio itu kini diisi Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mustapha Sakmud yang juga merupakan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah.

Pengumuman itu dibuat semasa sidang media rombakan kabinet kerajaan MADANI di Bangunan Putra Perdana di sini, hari ini.

Portfolio itu diwujudkan semula susulan tumpuan terhadap beberapa isu termasuk Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) antara Kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak dan pendatang asing.

Untuk rekod, sebelum ini Mustapha memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, yang kini diganti Adam Adli Abdul Halim, bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Portfolio tersebut sebelum ini disandang Datuk Armizan Mohd Ali sebelum beliau dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, menggantikan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Pada 12 Disember 2023, portfolio tersebut dimansuhkan PM Anwar dan urusan hal ehwal Sabah dan pada ketika itu, urusan Sabah dan Sarawak dipertanggungjawabkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Portfolio hal ehwal Sabah dan Sarawak asalnya diwujudkan pada 10 Mac 2020 di bawah pentadbiran Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan ketika itu dipegang oleh Datuk Seri Maximus Ongkili.



#Sabah dan Sarawak #Mustapha Sakmud #Kabinet Menteri baharu 2025 #Akmal Nasrullah Mohd Nasir