POLITICS
Terus perkasa struktur AMK di setiap peringkat - Adam Adli
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Adam Adli Abdul Halim menyampaikan ucapan dasar pada Kongres AMK sempena Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2024/2025 di Berjaya Waterfront Hotel, hari ini. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: Struktur kepimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) di setiap peringkat perlu terus diperkasa bagi mendepani cabaran politik masa kini.
Ketua AMK Adam Adli Abdul Halim berkata pemerkasaan AMK dapat terus dilakukan dengan melibatkan pemimpin di peringkat Ranting dan Cabang seterusnya memastikan sayap parti itu mampu memberi khidmat terbaik di peringkat pimpinan pusat.
"Wujudkanlah usaha-usaha yang boleh menjadikan kekuatan AMK di peringkat Cabang sebagai sama tahapnya dengan apa yang boleh ditonjolkan di peringkat pusat... dalam proses ini, kita tidak boleh ada rasa khuatir atau takut pada perbandingan, jangan rasa kecil atau anggap diri tiada peranan," katanya pada sesi penggulungan perbahasan Ketua AMK sempena Kongres AMK 2024/2025 di sini hari ini.
Hadir sama Setiausaha Politik Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim, yang juga Timbalan Ketua AMK.
Adam Adli, yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan, berkata beliau yakin roh perjuangan AMK yang sentiasa ingin melakukan perubahan, sensitif dan empati terhadap ketidakadilan tidak akan sesekali hilang walaupun diuji dengan kuasa.
"Bersyukurlah kita kerana walaupun sekarang kita diuji dengan kekuasaan, kesenangan, jawatan dan kedudukan, kita masih mengekalkan semangat yang sama serta bertutur perkara yang sama," katanya.
-- BERNAMA