POLITIK
Terus perkukuh perpaduan dengan parti dalam Kerajaan Perpaduan hadapi PRU16 - Ahmad Jazlan
Ahmad Jazlan berkata, walaupun UMNO mempunyai kekuatan tersendiri, namun dengan sokongan daripada parti-parti lain tidak mustahil kerusi yang kini dikuasai lawan dapat dirampas semula. - Gambar Bernama
TUMPAT: UMNO perlu terus mengukuhkan perpaduan dengan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan dan tidak mementingkan diri sendiri sekiranya berhasrat menambah kerusi di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub berkata, walaupun UMNO mempunyai kekuatan tersendiri, namun dengan sokongan daripada parti-parti lain tidak mustahil kerusi yang kini dikuasai lawan dapat dirampas semula.
"Buktinya dapat dilihat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini apabila kita berjaya merampas semula kerusi berkenaan dengan majoriti di luar jangkaan.
"Rahsianya hanya satu, iaitu semua parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan turun padang tanpa mengira masa, kedudukan, tenaga dan wang ringgit," katanya ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tumpat 2025 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tumpat, di sini, pada Jumaat.
Ahmad Jazlan berkata, sepanjang tempoh kempen PRK DUN Nenggiri, tiada perjumpaan formal diadakan antara parti dalam Kerajaan Perpaduan namun masing-masing melaksanakan tanggungjawab kerana mempunyai matlamat yang sama, iaitu memastikan kemenangan UMNO.
Beliau berkata, mesej itu juga perlu disampaikan kepada semua ahli-ahli UMNO dan parti dalam Kerajaan Perpaduan bahawa perpaduan adalah kunci untuk memastikan kerajaan sedia ada terus berkuasa dan dihormati kawan serta lawan.
Pada PRK DUN Nenggiri, calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani memperoleh 9,091 undi untuk menang dengan majoriti 3,352 undi, menewaskan calon Pas, Mohd Rizwadi Ismail.
-- BERNAMA