KUALA LUMPUR: Banyak pertimbangan yang perlu dibuat sebelum sesebuah parti itu boleh diterima ke dalam Pakatan Harapan (PH), kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Adam Adli Abdul Halim.
Menerusi ciapan di Twitternya malam tadi, Adam Adli menegaskan tiada jalan mudah untuk Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menyertai PH.
Beliau juga berpendapat, sewajarnya MUDA menyelesaikan perbincangan tentang permohonan menyertai PH terlebih dahulu sebelum bercakap soal kerusi.
"Tiada jalan mudah buat MUDA.
"MUDA perlu mula dengan lebih tertib; selesaikan perbincangan soal kemasukan sebelum bercakap soal kerusi. Itu adalah disiplin asas sebuah gabungan.
"Apabila semua dirangkum dan diumum dalam kenyataan pertama, ia dilihat agak tergesa-gesa," katanya.
Adam menjelaskan, PH perlu menyelesaikan beberapa perkara dahulu sebelum mempertimbang untuk menerima MUDA, terutama sentimen akar umbi.
"Rata-rata akar umbi dan pimpinan AMK serta PKR dilihat tidak senang dengan perkembangan ini, dan ia adalah berasas.
"Pengalaman lampau seperti dalam dua pilihan raya negeri, soal jalinan yang pernah dibuat bersama parti-parti lain yang menolak kepimpinan PH, serta pertembungan demografi antara lainnya memberi kesan kepada penerimaan ramai dalam kalangan PKR khususnya terhadap MUDA," katanya lagi.
Adam menegaskan bahawa segala pertimbangan dan keputusan akan dibuat secara rasional, dan selepas mengambil kira, pandangan semua pihak berkepentingan.
"Keputusan kita perlulah sesuai keperluan, dan tidak bertentangan dengan apa yang sudah dimiliki dan dibina oleh gabungan hari ini," tambahnya.
Pada Selasa, Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata parti itu sudah menyatakan hasrat untuk menyertai PH bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Menurutnya, rundingan tidak rasmi berhubung perkara itu telah diadakan dengan pimpinan PH.
Astro Awani
Thu Sep 08 2022

Adam Adli berkata, sewajarnya MUDA menyelesaikan perbincangan tentang permohonan menyertai PH terlebih dahulu sebelum bercakap soal kerusi.
13 maut dalam kebakaran asrama di Almaty
Sekurang-kurangnya 13 maut akibat kejadian kebakaran asrama yang berlaku Almaty, Kazakhstan, awal pagi Khamis.
Penternak anjing protes berhampiran pejabat Presiden Korea Selatan
Kira-kira 200 penternak anjing di Korea Selatan menganjurkan protes berhampiran pejabat Presiden di Seoul, mendesak kerajaan membatalkan rancangan mengharamkan amalan kontroversi memakan haiwan itu sejak beberapa abad lalu.
Pemberhentian perang Israel-Palestin dilanjutkan sehari
Israel dan Hamas hari ini bersetuju melanjutkan pemberhentian perang selama sehari lagi, enam minit sebelum perjanjian pemberhentian perang selama enam hari sebelum ini tamat.
Tebusan warga Thailand tiba di Bangkok
Ketibaan 17 tebusan warga Thailand yang ditahan di Semenanjung Gaza tiba di Bangkok pada petang Khamis, disambut ahli keluarga yang menunggu kepulangan mereka.
Persidangan bermula, bincang pembiayaan projek iklim, nilai kemajuan
Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP28) bermula di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi membincangkan isu mendesak berkaitan pemanasan global serta menilai kemajuan interim yang dicapai oleh masyarakat antarabangsa sejak Perjanjian Paris ditandatangani.
Delegasi, syarikat minyak perlu bekerjasama tangani perubahan iklim
Presiden COP28, Sultan Al Jaber menggesa pada delegasi untuk mencari titik persamaan dalam dasar bagi memenuhi matlamat iklim global.
Malaysia-India komited teroka bidang kerjasama baharu
Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Menteri Hal Ehwal Luar dan Pendidikan India, Dr Rajkumar Ranjan Singh di Kuala Lumpur pada Khamis
Perdana Menteri terima kunjungan hormat Prabowo
Menganggap Prabowo sebagai sahabat lama, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuan itu membincangkan pelbagai isu terkait kepentingan bersama Malaysia dan Indonesia.
Malaysia pertama di Asia Tenggara guna rangkaian komunikasi 4G
Malaysia bakal melakar sejarah sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan rangkaian komunikasi LTE-Railway (LTE-R) menggunakan 4G pada kereta api penumpang di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665km.
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara 6 bulan, denda RM500
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret Marang atas kesalahan menggantung dan mengibar bendera Israel.

Adam Adli terkejut ‘kontroversi’ APBN dibawa ke Parlimen
Isu tersebut bukanlah kepentingan awam buat masa sekarang malah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga telah mengendalikan isu tersebut sebaiknya.

Sekolah dicadang terap elemen ilmiah, intelektual sampaikan mesej Palestin
Pihak sekolah dicadang menerapkan elemen ilmiah dan bersifat intelektual dalam menyampaikan mesej kepada pelajar supaya mereka lebih memahami tentang isu sebenar yang berlaku di Palestin.

KBS akan bantu, sokong bangunkan sukan flag football
KBS akan membantu dan memberi sokongan diperlukan Malaysia American Football Association (MAFA) dalam membangunkan sukan flag football negara.

KBS sedia bertemu dengan persatuan belia yang berdepan isu kelesuan
Setakat ini isu kelesuan bukan sesuatu yang membimbangkan memandangkan golongan belia dan persatuan ketika ini sangat aktif.

Rakan Muda, program untuk bangunkan jati diri belia - Adam Adli
Program Rakan Muda yang diperkenalkan pada 1994 telah berjaya melahirkan generasi MADANI yang mampu bersosial dengan masyarakat.

KBS bakal lancar Rakan Demokrasi, galak belia dalam perbincangan politik
Rakan Demokrasi dijadual dilancarkan bersama Rakan Muda esok, yang akan melibatkan belia berusia dari 15 tahun.

KBS akan terus sokong Zii Jia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan akan terus menyokong jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.

PPRPM bawa isu p-hailing kepada Adam Adli
Pelbagai isu utama dibincangkan antaranya, bayaran perjalanan, pengiraan bayaran yang telus dan keperluan interface mudah alih.

'Dulu jumpa Adam Adli rasa nak siat muka, sekarang hilang rasa marah' - Dr Akmal
Dinamik arena politik di negara ini telah memperlihatkan banyak permusuhan yang tercetus dalam kalangan ahli politik yang berbeza ideologi boleh bertukar.

Konvensyen Nasional: Noktahkan permusuhan politik, tumpu agenda kerajaan - Adam Adli
Politik tanah air memerlukan nafas baharu dalam memastikan agenda yang dibawa Kerajaan Perpaduan dapat dicapai.