awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada keputusan tangguh pemilihan PKR selepas PRU16 - Fuziah

Bernama
Bernama
16/09/2024
08:16 MYT
Tiada keputusan tangguh pemilihan PKR selepas PRU16 - Fuziah
Fuziah berkata demikian bagi merujuk kepada artikel yang disiarkan Malaysiakini bertajuk "PKR tangguh pemilihan parti selepas PRU16 - Sumber". - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Tiada sebarang keputusan berhubung penangguhan pemilihan PKR selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), semalam.
Setiausaha Agung PKR yang baharu Fuziah Salleh berkata walaupun terdapat perbincangan serta pandangan yang dilontarkan dalam mesyuarat itu mengenai perkara berkenaan, namun ia hanya merupakan perbincangan dan tiada keputusan tuntas yang dicapai.
"Mesyuarat berpendapat perlu lebih banyak libat urus diadakan di semua peringkat kepimpinan parti sebelum satu-satu keputusan dibuat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Fuziah yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata demikian bagi merujuk kepada artikel yang disiarkan Malaysiakini bertajuk "PKR tangguh pemilihan parti selepas PRU16 - Sumber.
Menurut Fuziah, beliau telah dihubungi oleh portal berkenaan semalam dan menafikan bahawa keputusan sedemikian telah dibuat.
Semalam, Naib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataan berkata Fuziah dilantik sebagai Setiausaha Agung PKR baharu berkuat kuasa serta merta bagi menggantikan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang melepaskan jawatan itu untuk menumpukan usaha sebagai Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), anggota Biro Politik PKR dan Ahli Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemilihan PKR
#Fuziah Salleh
#tangguh selepas PRU16
#Majlis Pimpinan Pusat PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan