awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada komponen PH boleh dabik dada mengaku kuat - Presiden Amanah

Bernama
Bernama
17/08/2019
22:36 MYT
Tiada komponen PH boleh dabik dada mengaku kuat - Presiden Amanah
Mohamad ketika berucap merasmikan Mesyuarat Tahunan Amanah Pasir Salak kali ketiga di sini pada Sabtu. - Facebook Mohamad Sabu
Tiada parti dalam Pakatan Harapan (PH) boleh mendabik dada dan menyatakan bahawa ia kuat berbanding parti komponen lain dalam gabungan itu, kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu.
Beliau berkata kesemua parti komponen dalam PH perlu sedar bahawa mereka tidak akan mampu memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 dan mengambil alih pemerintahan daripada Barisan Nasional jika bergerak sendirian.
"Tiada satu parti pun kalau sendirian dapat mengambil pentadbiran Malaysia. Persetujuan pembentukan struktur PH menyebabkan rakyat yakin untuk memilih kita.
"Sekiranya parti dalam PH bertanding sendirian, Amanah satu kerusi pun tidak menang begitu juga Bersatu, DAP mungkin boleh, sementara Keadilan (PKR) boleh menang di beberapa tempat," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Tahunan Amanah Pasir Salak kali ketiga di sini pada Sabtu.
Menurut Mohamad, yang juga Menteri Pertahanan, semua parti dalam PH perlu terus berusaha mengeratkan kerjasama antara parti untuk memastikan ia terus berkuasa pada PRU akan datang.
"Jangan ada yang mendabik dada mengatakan parti aku kuat di sini. Semua kita tidak kuat melainkan dengan bersatu padu dan muafakat. Tidak ada formula lain untuk menang. InsyaAllah PH akan memerintah lagi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Mohamad Sabu
#Pakatan Harapan
#Parti Amanah Negara
#parti komponen
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan