Skip to main content
Advertisement

Politik

Tiada masalah pembahagian kerusi PH di Melaka - Adam Adli

Adam Adli berharap PRN Melaka akan berlangsung dalam suasana persaingan sihat dengan semua parti bertanding memberikan tumpuan kepada isu dan kepentingan rakyat. - Gambar fail/Bernama
Adam Adli berharap PRN Melaka akan berlangsung dalam suasana persaingan sihat dengan semua parti bertanding memberikan tumpuan kepada isu dan kepentingan rakyat. - Gambar fail/Bernama

Advertisement

MELAKA: Parti komponen Pakatan Harapan (PH)  tidak menghadapi masalah pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 14 Nov depan, kata Pemangku Pengerusi PKR Melaka Adam Adli Abd Halim.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi berkata kekeliruan yang timbul sebelum ini berpunca daripada salah faham.

Adam Adli berkata PKR yang dilapor akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh, iaitu kerusi penyandang dari DAP, sebenarnya diperuntukkan kerusi DUN Ayer Molek.

"Perkara ini perlu diperjelaskan bagi mengelakkan salah faham berterusan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu berkata demikian selepas merasmikan Klinik Pecutan Akhir SPM Bahasa Inggeris Parlimen Hang Tuah Jaya dengan kerjasama Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia dan Akademi Kenegaraan Malaysia.

Dalam pada itu, Adam Adli berharap PRN Melaka akan berlangsung dalam suasana persaingan sihat dengan semua parti bertanding memberikan tumpuan kepada isu dan kepentingan rakyat, bukannya perkara yang boleh memecahbelahkan masyarakat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 Nov ini sebagai tarikh mengundi bagi PRN Melaka, manakala undi awal pada 10 Nov dan penamaan calon pada 31 Okt. 

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement