Tiada mesyuarat di ibu pejabat Bersatu, pimpinan Bersatu adakan perjumpaan di Publika

Raja Hisyam Raja Zaid
Ogos 16, 2021 10:08 MYT
Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas kerajaan pimpinannya hilang majoriti. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
PETALING JAYA: Mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang dijadual berlangsung di ibu pejabat parti itu di sini tidak berlangsung seperti yang dirancang selepas Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menghadirinya.
Sebaliknya, kesemua pimpinan parti itu bergegas keluar daripada bangunan tersebut dan difahamkan menuju ke ibu pejabat Perikatan Nasional (PN) di Publika di sini.
Kesemua ahli MPT bagaimanapun tidak memberikan sebarang komen ketika media bertanyakan perkembangan terkini khususnya agenda pertemuan tersebut diadakan.
Antara pemimpin tertinggi parti yang hadir ialah Datuk Seri Faizal Azumu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Zuraida Kamaruddin, Datuk Radzi Jidin, Datuk Saifuddin Abdullah dan Datuk Seri Mustapa Mohamed.
BACA: Ini curahan hati Muhyiddin, akhiri perjalanan di Perdana Putra
BACA: Sebagai Perdana Menteri Caretaker, peranan Muhyiddin berbeza, kuasa juga sangat terbatas
#Bersatu #Majlis Pimpinan Tertinggi #Mesyuarat tergempar #kediaman Muhyiddin #Muhyiddin Yassin #Presiden Bersatu