awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki OKU cedera dalam kebakaran babitkan tujuh rumah di Jinjang
APMM Pulau Pinang tahan dua kapal tangki cuba pindah minyak mentah bernilai RM512 juta
KPT semak akta ambil alih tingkatan enam, matrikulasi - Zambry
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada NGO buat permohonan permit serah memorandum ke Istana Negara - Polis

Bernama
Bernama
24/11/2022
08:38 MYT
Tiada NGO buat permohonan permit serah memorandum ke Istana Negara - Polis
Pihak polis akan terus memantau keadaan keselamatan di ketiga-tiga pintu masuk ke Istana Negara. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis tidak menerima sebarang permohonan permit daripada mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang dikatakan akan menuju dan berhimpun di Istana Negara bagi menyerahkan satu memorandum hari ini.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata bagaimanapun pihaknya akan terus memantau keadaan keselamatan di ketiga-tiga pintu masuk ke Istana Negara.
"Setakat tengah hari ini, tiada mana-mana NGO yang diberikan permit kerana tiada yang tampil membuat permohonan (untuk berhimpun dan serah memorandum kepada pihak Istana Negara).
"Malaysia adalah negara yang mempunyai undang-undang. Kalau nak berhimpun perlu ada permit dan tidak boleh dibuat secara ad hoc. Ia perlu mengikut prosedur yang ditetapkan," katanya kepada Bernama hari ini.
[LAPOR LANGSUNG] Pasca PRU15: Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-10 - Istana Negara
Semalam, dilaporkan gabungan 588 NGO akan menyerahkan memorandum semua ahli Parlimen yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyokong Kerajaan Perpaduan kepada Istana Negara.
Ia susulan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa yang memberi masa kepada kedua-dua pimpinan Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya gabungan parti mewujudkan kerajaan perpaduan.
Sementara itu, tinjauan Bernama di pintu 1, 2 dan 3 Istana Negara mendapati tiada kelibat mana-mana kumpulan NGO atau penyokong yang berkumpul sehingga tengah hari ini dan tahap keselamatan masih terkawal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tiada permit
#serah memorandum
#Anwar Ibrahim
#PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan