Tiada pengumuman anggota Kabinet oleh PM hari ini - PMO

Astro Awani
Ogos 26, 2021 08:00 MYT
Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) sejurus selepas Ismail Sabri tiba di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak akan membuat sebarang pengumuman berhubung pembentukan anggota Kabinet hari ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) sejurus selepas Ismail Sabri tiba di Bangunan Perdana Putra sekitar 3.37 petang di Putrajaya.
Beliau sebelum itu, menyembah maklum senarai anggota Kabinet kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang.
Menurut Istana Negara, majlis sembah menghadap itu berlangsung selama 1 jam 30 minit bermula jam 11 pagi tadi.
[BERITA LANJUT MENYUSUL]
#ismail sabri yaakob #Yang di-Pertuan Agong #sernarai kabinet #jemaah menteri Ismail Sabri