KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diingatkan jawatan Perdana Menteri yang dimiliki presiden parti itu antaranya adalah hasil daripada 'Kluster Mahkamah' UMNO.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, mendakwa 'kluster' itu juga tidak meletakkan sebarang syarat ketika runtuhnya kerajaan sebelum ini.
"Saya amat yakin, sekiranya yang dilabel sebagai 'Kluster Mahkamah' ini adalah orang lain, pastinya syarat untuk menyokong adalah dengan mengugurkan kes-kes mereka, namun tidak kepada individu yang dimaksudkan dan dilabel kluster berkenaan.
"Ingatkah kita, selepas 9 Mei 2018, berapa banyak kes yang digugurkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi membebaskan puak-puak mereka?
"Tetapi, tidak pada pemimpin UMNO, kita tidak meletakkan sebarang syarat mahupun meminta untuk menggugurkan kes-kes yang sedang berlangsung, malah mereka memilih untuk berjuang menegakkan kebenaran," dakwanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Terdahulu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Muhammad Faiz Na'aman dilaporkan melabel 'Kluster Mahkamah UMNO' sebagai binatang politik yang mempergunakan ketuanan Melayu untuk kepentingan peribadi.
"'Kluster Mahkamah' ialah sekelompok binatang politik (biasanya berumur) yang sudah terlalu lama menjadi warlord dalam arena politik negara," kata Faiz dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, Ahmad Jazlan mengingatkan Faiz agar lebih matang dalam politik dan tidak perlu membodek secara membuta tuli.
"Kelak ia akan membinasakan diri anda sendiri. Kita juga wajar bersifat rasional dengan tidak menuduh sembarangan mana-mana pihak yang sedang melalui proses keadilan di mahkamah," tegasnya.
Katanya lagi, kelompok yang wajar dilabel Faiz sebagaimana ungkapan yang digunakan olehnya adalah pimpinan di bawah 'Kluster Darurat'.
"Terdapat 195 negara di dunia ini, hanya negara kita sahaja yang masih darurat, Indonesia hanya mengisytiharkan kecemasan kesihatan di awal pandemik COVID-19 iaitu tahun 2020 bukannya sekarang.
"Jadi, yang lebih layak menerima gelaran yang diungkap oleh Faiz adalah 'Kluster Darurat' yang pengecut dan takut akan menerima realiti, mentadbir negara dengan berselindung dengan alasan darurat. Tidak malukah kita dengan negara-negara luar? Di mana maruah dan kedaulatan negara?" soalnya.
Sementara itu, Ahmad Jazlan turut mendakwa: "Saya juga bersimpati dengan menteri daripada UMNO yang menjaga vaksin, di mata pemimpin Bersatu mereka mengatakan UMNO diberi tanggungjawab sebagai perwira, tetapi vaksin dilambatkan.
"Nanti menteri UMNO yang akan menjadi mangsa keadaan dengan alasan mereka tidak cekap menguruskan vaksin buat rakyat," katanya.
Tambah Ahmad Jazlan, Faiz seharusnya menasihatkan pemimpin partinya agar lebih jantan, berani dan telus.
Astro Awani
Mon Apr 19 2021
Ahmad Jazlan meminta Faiz sedar tiada sebuah dari 48 negara di Asia yang mengisytihar darurat melainkan Malaysia. - Gambar fail/ Astro AWANI / Shahir Omar
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
PRK Kuala Kubu Baharu: 'UMNO sokong siapa saja calon Kerajaan Perpaduan' - Zahid Hamidi
UMNO menyokong mana-mana calon yang akan diputuskan untuk mewakili Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, 11 Mei ini.
Hubungan parti dalam Kerajaan Perpaduan tak retak, kekal kukuh - PM
Hubungan antara parti dalam Kerajaan Perpaduan kini adalah sangat kukuh dan mantap, dengan masing-masing sentiasa mengukuhkan hubungan tersebut, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
UMNO bukan parti Malaya sebaliknya parti kebangsaan, perjuang nasib rakyat - TPM
Katanya, usaha membawa UMNO masuk ke Sabah bukan untuk memecah-belah mana-mana parti sebaliknya bagi menyatukan rakyat di bawah payung sama.
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.
Saya masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk bangkitkan semangat parti - Tengku Zafrul
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih lagi setia bersama parti itu walaupun pernah mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
Tengku Zafrul kongsi lima pendekatan kembalikan kegemilangan UMNO Selangor
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkongsi lima pendekatan untuk mengembalikan kegemilangan UMNO di Selangor.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Tajudin bimbang wujud sindrom ‘bisu’ dalam kalangan pemimpin UMNO
Pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat dibidas kerana tidak berani bersuara untuk memperjuangkan masalah rakyat.