Tiada sebab saya berdebat dengan Najib - Tun Dr Mahathir

Fareez Azman
November 4, 2020 10:27 MYT
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata demikian dalam ciapan Twitter terbaharu pada Rabu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak pelawaan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk berdebat secara umum.
Menurut Dr Mahathir dalam ciapan terbaharu di Twitternya, tiada sebab untuk beliau berdebat dengan Najib setelah tuduhan yang dihadapinya di mahkamah telah terbukti benar.
"Tiada sebab untuk berdebat dengan Datuk Seri Najib Razak sekarang setelah segala tuduhan terhadapnya telah terbukti benar oleh mahkamah," jelas Dr Mahathir.
Pada 28 Julai lalu, Ahli Parlimen Pekan itu didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah dan salah guna kuasa melibatkan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Tiada sebab untuk berdebat dengan Dato Sri Najib Razak sekarang setelah segala tuduhan terhadapnya telah terbukti benar oleh mahkamah. https://t.co/qrxnJajtcV pic.twitter.com/KEwk3E5cDg

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) November 4, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada Selasa, Datuk Seri Mohd Najib ketika menjawab komen di laman Facebook memaklumkan bahawa dia bersedia untuk berdebat dengan Ahli Parlimen Langkawi itu.
"Tiada masalah, ketika saya menjadi Perdana Menteri, dia (Dr Mahathir) mahu berdebat dengan saya tetapi saya tidak mahu.
"Ketika dia (Dr Mahathir) menjadi Perdana Menteri ketujuh, saya ajak dia berdebat tapi dia tidak mahu. Sekarang saya dan dia bukan lagi Perdana Menteri, jadi kita boleh berdebat kalau dia mahu. Pada bila-bila masa!" jelas Najib.
#Mahathir Mohamad #Najib Razak #SRC International #Facebook #Perdana Menteri #bekas perdana menteri #debat umum #mahkamah #tuduhan #Twitter