awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada 'wahyu', Bernama buat liputan Perhimpunan Agung UMNO secara seimbang

Bernama
Bernama
27/03/2021
16:02 MYT
Tiada 'wahyu', Bernama buat liputan Perhimpunan Agung UMNO secara seimbang
Laporan Getaran itu telah memetik satu sumber Bernama yang enggan dikenali mendakwa kononnya ada 'wahyu' supaya tidak menyiarkan laporan berbentuk negatif tentang Bersatu. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Dakwaan bahawa Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) kononnya menerima 'wahyu' untuk liputan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang berlangsung hari ini dan esok, adalah tidak benar, kata Ketua Pengarang Abdul Rahman Ahmad.
Menegaskan bahawa BERNAMA membuat liputan seimbang, beliau berkata dakwaan laporan Getaran, yang menyatakan bahawa 'Laporan PAU 2020 Bernada Sendu, BERNAMA Terima Wahyu?' itu tidak benar sama sekali.
"BERNAMA sama sekali tidak menerima sebarang 'wahyu' seperti yang didakwa oleh Getaran berhubung liputan Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung selama dua hari di Pusat Dagangan Dunia (WTC)," katanya.
Laporan Getaran itu telah memetik satu sumber Bernama yang enggan dikenali mendakwa kononnya ada 'wahyu' supaya tidak menyiarkan laporan berbentuk negatif tentang Bersatu.
Beliau berkata BERNAMA telah menugaskan sepasukan 20 orang terdiri daripada wartawan, jurufoto, jurukamera TV dan wartawan penyiaran TV dan radio untuk membuat liputan perhimpunan agung tahunan UMNO kali ini.
Abdul Rahman menegaskan arahan BERNAMA kepada pasukan petugas ialah membuat liputan secara profesional seperti yang diamalkan semasa mesyuarat agung tahunan, persidangan atau perhimpunan agung tahunan parti-parti politik sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UMNO
#politik
#perhimpunan
#Bernama
#radio
#wartawan
#wahyu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan